in ,

Sedih Tengok Dua Beranak Ni Hidup Serba Kekurangan. Duit Simpanan Nak Buat Rumahpun Pernah Kena Sebat

Dua Beranak Hidup Daif

Sejak dua tiga hari ni saya terbaca dalam Metro berkaitan kesempitan hidup dua beranak iaitu Sulaiman Yassin, 53, dan ibunya yang tercinta Eshah Mat, 77 yang tinggal di sebuah pondok yang sangat uzur di ladang getah Gual Mesa, Rantau Panjang, Kelantan. Keadaan mereka sangat daif hingga admin rasa terpanggil untuk admin cuba untuk berbuat sesuatu.

Hari ini Harian Metro melaporkan berkaitan kehidupan dua beranak ini dengan entri bertajuk MEMANG DAIF. Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan mereka dua beranak ini sangat daif. Dalam laporan itu difahamkan bahawa perkembangan kedua beranak ini telah dibuat kajian selama 6 bulan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR).

keluarga daif
Pengerusi MAHAR, Jismi Johari (Kanan) ketika membuat penyerahan motosikal roda tiga kepada Sulaiman. Photo: Metro

MAHAR melalui mengesahkan melalui Ketua Perhubungan Medianya Mohd Sufian Said berkata, kajian telah dilakukan sejak Mac lalu selepas pihaknya mengetahui tentang kesempitan hidup yang dilalui oleh dua beranak berkenaan. Mereka menemui dua beranak itu buat kali pertama ketika mereka menjaja di Pasar Besar Siti Khadijah.

Mohd Sufian berkata semalam:

“Ketika kunjungan ke pondok didiami Sulaiman dan ibunya, kami dapati mereka benar-benar susah dan tidak jauh dari pondok itu, ada tiang yang dinaikkan untuk membina rumah di tanah milik Eshah.

DUIT SIMPANAN DIROMPAK

“Sulaiman memberitahu tiang dinaikkan itu adalah tapak untuk membina rumah mereka namun terpaksa ditangguhkan sejak tujuh tahun lalu kerana kekangan kewangan selepas simpanan mereka dirompak”. Kata sufian lagi.

Sufian juga memberitahu bahawa keluarga berkenaan bukan golongan yang meminta-minta, malah gigih berusaha mencari rezeki demi meneruskan kehidupan. Buktinya mereka berniaga di Pasar Siti Khadijah untuk mencari sesuap nasi dengan rezeki yang halal.

Mohd Sufian juga memberitahu mereka telah melancarkan kempen RM10 selama dua bulan yang berakhir bulan ogos lalu untuk memohon bantuan orang ramai. Kempen itu dilancarkan selepas mereka berpuas hati dengan kaji selidik yang dilakukan. Akhirnya mereka membuat kertas kerja untuk memulakan inisiatif mencari sumbangan awam bagi membantu meringankan beban hidup mereka.

Hasil sumbangan orang ramai, sebuah motosikal roda tiga kini telah diserahkan kepada saudara Sulaiman, untuk memudahkan beliau berulang-alik mencari sesuap nasi. Dalam laporan Metro beberapa hari yang lepas, Sulaiman tidak pernah meninggalkan ibunya sendirian walau ke mana dia pergi. Dia juga membawa ibunya ke tempat beliau berniaga. Tanggungjawab Sulaiman terhadap ibunya sangat terpuji. Walaupun dia susah, dia tidak meninggalkan ibunya.

2 beranak Daif
Keadaan tempat tinggal Sulaiman dan ibunya. Photo: Metro

ADA ORANG KECAM?

Admin tidak tahu apa yang dikecam oleh orang ramai. Admin berkata begitu kerana dalam laporan Metro ada menyiarkan bahawa Mohd Sufian memohon orang ramai berhenti mengecam atau berfikiran negatif terhadap dua beranak itu. Bagi admin buat apa nak kecam. Mereka adalah golongan susah dan bekerja sendiri untuk hidup. Mereka tidak meminta-minta dan tidak menyusahkan orang lain pun.

“Bagi sesiapa yang sudi menghulur bantuan untuk meringankan beban hidup mereka, ia amat dialu-alukan dan jika tidak mahu, tidak perlu mengecam keluarga ini,” katanya Mohd Sufian lagi.

Untuk pengetahuan semua, rumah yang didiami oleh kedua beranak ini tiada kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Jarak mereka tinggal dengan sungai untuk mereka membersihkan diri adalah sejauh kira-kira 700 meter. 700 meter melebihi 0.5 km. Disebelah malam, Sulaiman menggunakan lampu suluh untuk menerangi ruang rumahnya. Memang bahaya jika mengguanakan pelita minyak dalam keadaan rumah yang begitu dari sudut bahaya kebakaran.

ORANG RAMAI BOLEH MEMBANTU (JIKA MAHU)

Admin juga ada menyimpan nombor akaun BSM milik ibu kepada Encik Sulaiman. Orang ramai yang rasa mahu membantu bolehlah transfer ke akaun tersebut bagi meringankan beban kedua beranak ini. Sekarang kita hidup dalam keadaan yang agak senang, namun kita kita tahu 10 atau 20 tahun akan datang. Atau ketika kita sudah mencapai usia emas seperti mereka.

Jika anda ingin memberi sedekah kepada mereka, bank in sahaja ke akaun seperti di bawah.

No Akaun: 03013-41-00008645-4

Bank: Bank Simpanan Nasional (BSN)

Nama: Eshah Mat

Semoga sedekah kita diberkati dan jangan kecam jika kita tidak mahu membantu.

Semak NCD Kereta Anda

Panduan Membuat Semakan NCD Kenderaan Sebelum Memperbaharui Insurans

Panduan Mohon Mykad Kali Pertama Ketika Usia 12 Tahun

Permohonan Kad Pengenalan / Mykad Ketika Usia 12 Tahun