Dua Kanak-Kanak Nyaris Dilarikan Penjenayah

Jika anda membawa anak anda keluar atau berjalan-jalan, janganlah leka walau sesaat kerana kelekaan anda boleh menyebabkan anda kehilangan anak anda samada diculik, hilang atau kemalangan. Akhir-akhir ini kita sering mendengar berita tentang kehilangan kanak-kanak di sana sini.

Kebanyakan ibubapa, sering meninggalkan anak-anak di dalam kereta ketika mereka berurusan di luar samada dalam jangkamasa yang lama atau sekejap.

Dalam satu kejadian di Skudai, Johor semalam, seorang ibu muda berhadapan dengan detik cemas apabila dua orang anaknya nyaris dilarikan penjenayah yang menyamun keretanya.

Menurut laporan Utusan Online, kejadian itu berlaku ketika ibu muda berusia 32 tahun itu menghantar kedua-dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun ke rumah bapa mereka di Taman Pulai Indah, sekitar jam 7.45 pagi.

2

Sebaik tiba di lokasi, wanita tersebut turun dari kereta difahamkan untuk mengambil payung di but kereta kerana hujan. Secara tiba-tiba muncul seorang lelaki terus masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta tersebut.

Wanita itu cuba berpaut pada kenderaan tersebut apabila menyedari keretanya cuba dilarikan lelaki terbabit memandangkan kedua-dua anaknya masih berada di dalam. Walau bagaimanapun beliau terjatuh dan mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tapak tangannya.

Suspek pula mungkin menyedari terdapat dua kanak-kanak di dalam kereta yang dicurinya bertindak meninggalkan kanak-kanak terbabit di dua lokasi berasingan tidak jauh dari rumah bapa mangsa. Kedua-dua kanak-kanak tersebut ditemui selamat.

3

Kenderaan yang dicuri suspek pula terlibat dengan kemalangan di kawasan Ulu Choh, Pontian selepas melanggar belakang sebuah lori. Mungkin disebabkan dipandu dalam keadaan tergesa-gesa. Allah bagi cash sebelum beliau sempat membuat kesalahan lain.

Suspek bertindak melarikan diri setelah terlibat dalam kemalangan tersebut. Menurut Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hisham Mohamed usaha memburu suspek giat dijalankan.

Syukur semua selamat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *