in ,

Egg Boy Derma Hampir A$200k Kepada M4ngsa Yang Selamat

Seluruh dunia mengenali “Egg Boy” berbanding Will Connolly. Dia menjadi popular dalam sekelip mata kerana tindakannya yang sangat berani memecahkan telur di kepala senator berhaluan kanan Australia, Fraser Anning dalam isu ser4ngan pengg4nas di Christchurch, New Zealand.

Akhbar melaporkan, Connolly bermurah hati mendermakan hampir A$100,000 (RM290,505) kepada mangsa yang terselamat dalam ser4ngan g4nas di Christchurch pada Mac lalu.

EGG BOY SERAH WANG KEPADA BADAN AMAL NEW ZEALAND

Semalam, Connolly, 17, memaklumkan dia telah memindahkan semua wang yang diterima olehnya melalui kempen kutipan dana secara online kepada badan amal di New Zealand.

The Egg Boy
Connolly ketika memecahkan telur di kepala Anning

“Kepada semua mangsa tragedi berdarah itu, saya berharap wang ini dapat meringankan beban anda,” kata Egg Boy.

Polis hanya memberi amaran kepada Egg Boy tanpa mengenakan sebarang dakwaan ke atasnya. Dia hanya diberi amaran tindakannya itu sebagai tanda protes terhadap kenyataan Anning yang menuduh imigran Islam sebagai dalang yang membuat ser4ngan ke atas dua masjid di Christchurch.

Sebelum ini Connolly diangkat menjadi ‘hero’ kerana tindakan beraninya itu terhadap Senator Anning yang mengeluarkan kenyataan jelik berhubung punca ser4ngan Christchurch.

Anning berpendapat ser4ngan itu berpunca daripada kebimbangan ekoran kebanjiran komuniti Muslim selain kelemahan polisi imigresen New Zealand.

Sebelum itu, Egg Boy juga secara tidak rasmi dinamakan sebagai ‘Australian of the Year’ susulan kejadian tersebut dan juga kerana kemurahan hati menderma wang kutipan yang diperolehinya kepada mangsa ser4ngan.

Semoga Egg Boy akan terus menjadi remaja contoh kepada remaja-remaja di seluruh dunia.

Baca Juga – Ibu Sonny Bill William dan Sahabatnya Ucap Syahadah

Sumber: Sinar Harian

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Bacaan Tepat Meter Digital Punca Kenaikan Bil Elektrik

Kenaikan Bil Elektrik Yang Dilaporkan Kerana Bacaan Tepat Meter Digital – Tun M

7 Pemuda Al Kahfi

7 Pemuda Al-Kahfi Tidur Selama 309 Tahun Dan Pakaian Mereka Tidak Mereput