in

Akhirnya Eira Aziera Tampil Mohon Maaf dan Ini Kata Kata Beliau

eira aziera

Sejak dari minggu lepas, heboh diperkatakan mengenai seorang influencer terkenal, Eira Aziera bermula dari kegagalannya membuat live review di sebuah restoran terkenal di melaka sehinggalah video beliau perli seorang followernya.

Selepas itu tular pula seorang peguam ingin mengambil tindakan ke atas seorang influencer.

Namun Eira Aziera telah membuat permohonan maaf menerusi facebooknya kepada pihak yang berkenaan.

Permohonan Maaf Secara Terbuka Eira Aziera

Assalamualaikum.

Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

eira aziera

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat-sahabat, terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent-agent Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah.

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Sumber: Online Malaya

Harap-harap isu Eira Aziera ini dapat diselesaikan dengan baik untuk semua pihak. Kepada individu lain juga berhati-hatilah membuat komen-komen samada live atau tidak tambahan jika ianya berkait rapat dengan orang lain.

Baca: Pemaaf Adalah Sikap Orang Mukmin

Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

sumareh

Status Sumareh Sebagai Pemain Naturalisasi Tak Lucut

perpindahan sumareh ke police tero fc

Perpindahan Sumareh ke Police Tero FC Satu Persinggahan – Khalid Ali