in , , ,

Esen Vanila Penawar Sakit Gigi

Semua orang pernah alami sakit gigi. Bila kita sakit gigi, apa yang kita buat serba tak kena. Dengar bunyi bising pun memang menyebabkan kita hilang sabar.

Apabila sakit gigi, kebanyakkan daripada kita sanggup makan apa saja ubat. Paling utama adalah ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit yang sering diambil adalah panadol dan sebagainya. Sebenarnya ubat tahan sakit merbahaya jika kita sering mengambilnya.

esen vanilla penawar sakit gigi,
Bila sakit gigi, macam-macam kita akan buat asalkan gigi tidak sakit

Kami ada terbaca satu artikel berkaitan dengan penawar sakit gigi hanya menggunakan esen vanila. Setahu kita, esen vanila adalah bahan pewangi yang biasanya digunakan semasa membuat kuih-muih. Kini kita telah didedahkan dengan penemuan yang dikongsikan oleh seorang netizen yang disiarkan oleh sebuah laman web.

Wanita tersebut berkongsi bagaimana dia berjaya meredakan kesakitan yang ditanggung oleh suaminya setelah melihat suaminya itu menanggung kesakitan selama berminggu-minggu.

Berikut adalah perkongsian beliau sama seperti yang ditulis di akaun facebook miliknya.

“Alkisahnya husband sakit gigi dekat seminggu dah. Pergi ke klinik pulak ingat doktor nak cabut, tak juga cabut. Cuma bagi ubat tahan sakit saja. Bila suami makan je ubat tu tidur saja. Kepala pening, badan pun sampai nak demam kesian tengok..

Aku ni tak boleh tengok suami tak sihat biasalahkan. Isteri solehah. Telefon mak macam mana nak buat, mak bagitau balik kampung ambik daun sakit gigi tumbuk-tumbuk letak dalam gigi sebab mak sakit gigi bubuh tu je hilang. Sudah jauh pulak..

Last Aku google petua sakit gigi jumpa la petua ni. Biasa kita guna untuk buat kuih atau kek je kan, tak sangka pulak boleh jadi PENAWAR.

Aduh panjang lebar pulak. Ok petua dia macam ni.”

esen vanila penawar sakit gigi,
Celupkan putik kapas pada esen vanila, dan titiskan pada gigi yang sakit

BACA JUGA: Tips – Apa Harus Anda Lakukan Selepas Anda Cabut Gigi

PENAWAR SAKIT GIGI

Bahan-Bahan:

  • Esen Vanila dan putik kapas

Langkah-Langkah:

  • Ambik putik kapas dan celupkan ke dalam esen vanila.
  • Kemudian letak dekat gigi yang sakit tu.

Cukup mudah dan berkesan. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk anda semua. Terutama bila anda sakit gigi yang melampau. Selamat mencuba.

Sumber: Keluarga

Penawar Penyakit Angin Medu

Penawar Untuk Angin Medu

Semakan Status Permohonan Tahun 1 Untuk Kemasukan 2019