in ,

Falling Stars 2018 (Trend Terkini Di Instagram) – Kini Mula Meresap Ke Malaysia

falling stars 2018

Akhir-akhir ini ada saja trend baru di media sosial muncul. Media sosial sememangnya terkenal sebagai alat untuk menyebarkan apa saja maklumat dan trend tertentu yang kemudian menjadi tular. Fox News melaporkan sebulan lalu, kini terdapat satu trend baru di Instagram yang menjadi kegilaan di Rusia. Ia dipanggil ‘Falling Star Challenge’ atau # fallingstars2018.

‘Falling Star Challenge’ dilakukan dengan tag # fallingstars2018 dalam setiap muat naik. Uniknya, cabaran ini dilakukan oleh orang kaya. Ini berpandukan kepada gambar-gambar yang dimuat naik dengan hashtag # fallingstars2018 kelihatan sangat elegan.

Sebelum ini satu trend yang sangat popular iaitu Kiki Challenge yang berkehendakkan seseorang keluar dari kereta dan menari dengan keadaan pintu kereta terbuka. Walaupun agak lambat masuk ke negara ini, ianya menjadi ikutan oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan status samada kaya atau miskin. Kiki Challenge dikritik hebat kerana ia merupakan aktiviti yang sangat berbahaya.

View this post on Instagram

#fallingstarschallenge #fallingstars2018

A post shared by FallingStars (@falling_stars_challenge) on

Trend ‘Falling Star Challenge’ sebenarnya memerlukan seseirang itu melakukan sesuatu yang agak mudah. Pengguna Instagram hanya perlu memuat naik gambar menunjukkan mereka dalam keadaan tertiarap, kedua-dua tangan dan kaki dibuka lebar, seperti orang yang jatuh. Pelaku akan berbaring di tanah secara dramatik. Berbaring seolah-olah baru turun atau jatuh dari bintang.

Kebanyakan mereka yang melakukan cabaran ini akan berbaring di sebelah kenderaan mewah masing-masing seperti jet mewah, kapal layar, kereta sport, gelanggang tenis persendirian, dan pelbagai tempat menarik yang lain.

Walaupun ianya sangat popular, namun tidak dapat dipastikan siapakah yang mula mempopularkan trend ‘Falling Star Challenge’ ini. Jika dilihat dari Instagram, sehingga artikel ini ditulis terdapat melebihi 14,000 muat naik dari netizen yang menggunakan hashtags # fallingstars2018. Bagi mereka itulah moment yang unik dan menarik dari mereka.

‘Falling Star Challenge’ ini juga sebenarnya telah mula menular ke negara kita berpandukan gambar-gambar yang mula tular di facebook. Apakah tandanya semua ini? Satu persatu trend yang begitu pelik bagi umat islam kini menjadi ikutan. Ia bukan sahaja menjadi ikutan para remaja, bahkan orang dewasa juga terikut-ikut.

Falling Star Chellenge
Kini trend ini sudah menular ke negara ini
PETIKAN DARI HADIS NABI SAW
Nabi Muhammad SAW menyampaikan sesuatu pesanan kepada umatnya satu ketika dulu melalui sabdanya:
"Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka".
Mereka Bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?"
Bagunda Menjawab:
"Siapa lagi kalau bukan mereka"
(HR Musim )

Semoga trend ini tidak menjadi ikutan bagi masyarakat negara ini. Walau bagaimanapun, jika anda melakukan juga, pastikan ianya tidak menjejaskan kredibiliti diri anda sebagai seorang penjawat awam, ayah, ibu, majikan dan lain-lain personaliti. Semoga bermanfaat.

Takwim Persekolahan 2019

Takwim Persekolahan Tahun 2019

Cuti Tahun 2019

Cuti Umum Tahun 2019 (Kalendar Cuti Sekolah Malaysia)