in , ,

Farid Kamil Dedah Dua Individu Sebenar Yang Meletakkan Dadah Dalam Minumannya

PELAKON dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil membuat pendedahan dua individu sebenar yang dipercayai meletakkan dadah dalam minumannya. Beliau turut berkongsi gambar dua individu berkenaan.

“Saya menyebut dua nama dalam laporan polis tetapi saya kecewa apabila dua individu lain yang dipanggil bagi membantu siasatan polis,” katanya pada sidang media khas di The Loft Event Space, Shah Alam.

Farid menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah sebelum ini adalah individu sebenar seperti yang digambarkannya kepada polis.

Farid Kamil Dedahkan Individu Sebenar
© Sinar

Dua individu sebenar yang mendatanginya itu memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja Johor dan Kedah. Mereka juga merupakan pengurus artis dan penyanyi.

“Secara peribadinya, saya hanya kenal mereka dalam industri tapi tak pernah berjumpa. Tiba-tiba mereka ajak berjumpa dengan alasan mahu bincang urusan penting. Selepas berjumpa mereka, saya terus tak sedar diri,” katanya.

Datuk Farid Kamil Dedah Dalang Sebenar
© Sinar 

Farid turut menuntut keadilan dan mendakwa bahawa pada malam ketiga dia ditahan, dalam keadaan lampu bertutup kira-kira jam 2 pagi beliau telah dipukul oleh 11 anggota polis berpakaian biasa. Akibatnya, beliau mengalami kecederaan di dahi sehingga meninggalkan parut.

“Saya dipakaikan dengan baju berwarna putih dan tiba-tiba lampu ditutup. Ketika dipakaikan baju putih itu saya cuba meronta. Tiba-tiba saya berasa cairan mengalir di wajah saya.

“Apabila lampu dibuka semula dan cuba buka pakaian berkenaan, saya dapati banyak kesan darah pada baju itu

“Sedangkan sebelum itu saya hanya bertanyakan tentang arah kiblat. Banyak keraguan tentang arah kiblat yang sebenar,” katanya.

Walaupun sudah membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan, Farid kecewa dengan hasil maklum balas yang diterima dari pihak polis.

Sumber: Sinar

Apps Life360 Boleh Pantau Aktiviti Pasangan dan Keluarga Anda

Misteri Angka 11