Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

 Image result for solat yang diterima allah

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Sesiapa yang menjaga solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

Berikut adalah 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, iaitu :

1.    Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.    Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.    Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4.    Lelaki yang melarikan diri.

5.    Lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.

6.    Perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.    Perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.    Pemimpin yang sombong dan zalim.

9.    Orang-orang yang suka makan riba’.

10.  Orang yang solat, tetapi tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

sukaviral.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *