in , , ,

Fungsi Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Pemandu Tidak Tahu

Kegunaan Lampu Pandang Belakang Yang Ramai Tidak Tahu

Ramai dikalangan pemandu sering kali akan merasa marah semasa memandu di waktu malam apabila kenderaan di belakang mereka tidak menurunkan lampu tinggi, menggunakan lampu ‘sport light yang sangat terang atau menggunakan lampu malam yang memang menyilaukan terutama yang berwarna putih.

Pancaran lampu tinggi kenderaan di belakang mengundang bahaya kepada kenderaan di hadapan.

Tidak kena gayanya, ada yang memaki hamun pemandu kenderaan yang berada di belakang itu. Maklumlah mereka memandu diibaratkan seperti mementingkan diri mereka sendiri tanpa memperdulikan kenderaan di hadapan. Kadang-kadang kita memandu ke tengah ke tepi terhoyong hayang akibat terlalu silau.

KEGUNAAN CERMIN PANDANG BELAKANG

Umumnya mengetahui bahawa fungsi cermin pandang belakang adalah untuk memudahkan pemandu melihat situasi di belakang tanpa menoleh ke belakang semasa memandu. Ia juga digunakan ketika mengundur walaupun kenderaan masa kini dilengkapi dengan kamera undur (reverse camera).

Bukan setakat mengawasi kenderaan di belakang atau mengundur sahaja, bahkan pemandu boleh mengawasi penumpangnya di belakang. Cermin pandang belakang juga boleh digunakan untuk diri anda sendiri samada mahu membetulkan rambut atau sebagainya tetapi jangan lupa untuk ubah ke posisi asalnya sebelum anda memulakan pemanduan.

Pastikan cermin pandang belakang kenderaan anda berada pada posisi yang betul sebelum memulakan pemanduan

Tahukah anda bahawa cermin pandang belakang mempunyai dua mode kegunaan iaitu MODE BIASA dan MODE MALAM? Jadi bagaimana untuk membezakannya. Sebenarnya mudah sahaja. Di sini kami ingin berkongsi pengetahuan tambahan kepada anda berhubung dengan fungsinya.

Apabila malam dan anda mungkin tidak tahan silau. Oleh itu sila tukar ke MODE MALAM. Caranya mudah sahaja. Anda perlu menarik tuas yang berada di bawah cermin pandang belakang ke belakang.

Tuas untuk melaras cermin pandang belakang seperti dalam bulatan merah. Anda boleh menukar ‘mode’ dengan menarik dan menolak tuas itu.

Cermin pandang belakang anda akan kelihatan mendongak ke atas dan MODE MALAM telah diaktifkan. Kini anda tidak silau lagi. Kalau anda perasan, cover pada bumbung atas kepala anda iaitu di sebelah dalam kereta anda berwarna putih. Fungsinya ada kaitan dengan cermin pandang belakang kerana MODE MALAM memerlukan pantulan dari bumbung tersebut ke cermin pandang belakang kereta anda. Mudah bukan?

NOTA: Ia juga boleh digunakan jika ada silauan matahari dari belakang.

Contoh anda menggunakan cermin pandang belakang pada waktu malam dalam dua mode yang berbeza

BACA JUGA:  Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Masalah. Jangan Ambil Mudah & Ambil Tahu Cara Untuk Anda Menanganinya

VIDEO TUTORIAL

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan anda bolehlah memandu diwaktu malam dengan selesa. Sila kongsi atrikel ini sekiranya ianya benar-benar memberi faedah kepada anda. SELAMAT MEMANDU, MEMANDU DENGAN SELAMAT – Suka Viral

Doa Hari Arafah

Doa Hari Arafah

Jangan Bungkus Daging Korban Dengan Plastik Sampah – Dr. Rosli Abd Jalil