in

Gadis Kongsi Berat Badan Turun & Kulit Cantik Lepas Berhenti Minum Air Manis

tips kecantikan turunkan berat badan

Semua wanita pastinya mahukan diri mereka kurus, pinggang yang ramping, berat badan turun dan juga memiliki wajah yang cantik sedap mata memandang. Tetapi kecantikan itu sebenarnya bermula dengan amalan pemakanan dan kesihatan tubuh badan kita sendiri yang tahu menjaga segala macam benda yang menjadikan badan sihat dan bertenaga.

Makanan dan minuman sihat juga adalah antara faktor utama untuk mendapatkan badan yang cantik dan ideal. Hanya diri kita sendiri sahaja yang menentukan tahap kecantikan dan kesihatan diri kita. Jadi, setiap orang haruslah menitikberatkan kesihatan diri jika ingin tampil cantik dan sihat.

Viral Video Glow-Up Transformasi Gadis Ini

Beberapa hari lalu, viral di laman sosial sebuah rakaman video glow-up yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu Najwa yang jelas memaparkan transformasi dirinya sejak 6 tahun lalu yang telah menarik perhatian ramai netizen.

Ramai yang terkejut dan terpesona setelah menonton rakaman video yang berdurasi 10 saat tersebut dan video berkenaan juga turut mendapat lebih dari 500 ribu tonton serta dikongsikan oleh netizen dengan banyaknya.

Setelah video tersebut jadi viral, ramai netizen yang bertanyakan apakah tips kecantikan yang diamalkan oleh gadis terbabit sehingga menjadikan dirinya sangat cantik dan sangat jauh berbeza daripada dirinya pada 6 tahun lalu.

Gadis tersebut menyatakan sememangnya terlalu banyak perubahan yang terjadi pada dirinya sejak di tingkatan 3 sehinggalah usianya yang kini mencecah 20 tahun. Menurut Najwa dia berkongsi video glow-up tersebut kerana mengikuti orang lain yang turut berkongsi kisah dan transformasi masing-masing.

“Nampak ketara dulu dan sekarang sebab muka saya dah OK. Dulu banyak jerawat, berminyak dan hitam.

“Berat badan saya juga turun dalam 10 kg dalam tempoh tersebut. Sekarang masih maintain bewrat sekitar 65 kg. Ada juga yang menyapa, pipi dan hidung nampak kecil sekarang,” jelas Najwa melalui Mstar.

Tips Kulit Cantik Menawan Berat Badan Turun

berat badan turun tips kecantikan
Siapa kata orang yang gemuk tak boleh kuruskan badan?

Jika anda ingin tahu cara turunkan berat badan dan tertanya apakah tips kecantikan yang diamalkan Najwa sehingga beliau kelihatan sangat cantik serta kurus dengan kulit putih gebu menawan, anda boleh terus mengikuti perkongsian tip yang disampaikan oleh Najwa sendiri di bawah.

Menurut Najwa lagi, tips yang beliau amalkan untuk mendapatkan kulit cantik dan gebu adalah dengan berhenti meminum sebarang air manis atau lebih jelas lagi mengurangkan kadar gula dalam minuman.

Mulai hari ini, sesiapa yang ingin kurus dan cantik seperti Najwa, WAJIB berhenti secara perlahan dengan mengambil minuman yang manis dan lihat sendiri kesannya nanti. Tapi, kurangkan manis dalam minuman sememangnya amat digalakkan oleh semua pakar kesihatan.

Najwa berkata, dia juga turut mencuba lebih daripada 30 produk kecantikan dan kulitnya menunjukkan perubahan positif selepas dia berhenti mengambil minuman yang manis semenjak 6 bulan lalu.

“Jerawat saya juga dah kurang selepas berhenti minum air manis. Saya kurangkan dulu tapi dan pertengahan tahun ini saya berhenti terus minum minuman manis.

“Saya juga perasan memang senang nak turunkan berat badan apabila kita tak ambil air manis,” katanya lagi.

cara turunkan berat badan dengan cepat
Jika anda ingin kurus, pengambilan makanan dan minum harus teratur dan seimbang.

Najwa juga sempat berpesan, tak kisah sama ada produk kecantikan itu mahal atau murah, yang paling penting produk tersebut sesuai dengan kulit kita. Sunscreen sangat penting. Jadi, anda juka harus tahu apakah jenis produk yang serasi dengan kulit anda dan jangan semua produk kecantikan anda hentam saja tanpa ketahui ia sesuai dengan anda atau tidak.

Rata-rata netizen yang melihat perubahan dan transformasi yang dikongsikan Najwa ternyata amat terkejut malahan semua memuji kecantikannya sehingga ada yang berkata ia sesuatu yang amat sukar dipercayai.

Sebenarnya, sesiapa pun anda, jika ingin cantik atau ingin berat badan turun, anda boleh amalkan tips untuk kecantikan seperti yang dikongsikan oleh Najwa. Displin diri harus ada dan wajib merajinkan diri untuk patuh dengan jadual pemakanan dan tidak minum air manis, pasti anda akan cantik dan menawan.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

ponteng solat jumaat

Hukuman Penjara Kerana Ponteng Solat Jumaat Dibidas Oleh Badan Peguam

Ilmu memulangkan sihir

Ilmu Pulangkan Sihir Yang Dituju Kepada Penghantar