in ,

Gadis Pengawal Keselamatan Buntu Untuk Memilih Samada Menyambung Pelajaran Atau Terus Bekerja Bagi Membantu Keluarga Sehingga Bapanya Sembuh.

Yuni

“TERSEPIT antara dua. Saya sangat sayangkan kerja jadi pengawal, pada masa sama saya juga ada impian untuk jadi juru solek,” kata Sri Mahyuni Munif, 19, pengawal keselamatan sekolah yang menjadi viral baru-baru ini.

Kata-kata itu keluar dari mulut Yuni ketika Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menawarkan beberapa saluran untuk menyambung pelajaran dan kelas kemahiran kepadanya selepas kisah hidupnya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk membantu keluarga menjadi tular dan disiarkan Harian Metro, Selasa lalu.

Yuni diberi peluang untuk belajar
Yuni bersama Presiden GPMS

Yuni berkata, dia memerlukan masa untuk mempertimbang perkara itu serta mahu berbincang dengan ibu bapanya sebelum membuat keputusan.Ini kerana, seandainya dia terpaksa berhenti bekerja, segala perbelanjaan dan keperluan keluarga akan terganggu memandangkan gaji yang diperolehinya kini cukup untuk menampung komitmen berkenaan.

Memandangkan Ayahnya belum sihat sepenuhnya untuk bekerja manakala pendapatan ibunya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, tidak cukup untuk membayar sewa rumah dan keperluan dapur. Dia juga sayangkan pekerjaannya sekarang kerana beliau gembira dan tenang apabila dapat bermain dengan kanak-kanak.

Yuni seorang anak yang bertanggungjawab
Yuni bersama ayahnya. © Insta

Walau bagaimanapun dia juga mempunyai impian macam orang lain untuk menamatkan pelajaran dan ada ilmu untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Menurut Yuni, seandainya dia diizinkan untuk menyambung pelajaran dia memilih untuk memasuki kelas kemahiran solekan kerana menjadi impiannya untuk menjadi juru solek dan berniaga.

Yuni ingin berniaga sendiri
Yuni berminat dalam bidang solekan. © Insta

Sementara itu, Presiden GPMS Zambri Mohd Isa berkata, GPMS terpanggil untuk menawarkan khidmat nasihat serta beberapa cadangan kepada Yuni selepas melihat individu itu mempunyai potensi untuk berjaya pada masa akan datang.

“Kami menunjukkan saluran dan membuka peluang yang ada kepada Yuni untuk membantunya meneruskan pelajaran hingga ke menara gading seperti yang kami lakukan kepada anak-anak muda lain yang mengalami nasib sama seperti Yuni.

“Terpulang kepada Yuni sama ada untuk mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau menyertai kelas kemahiran bersama institusi yang bekerjasama dengan kami seperti GiatMARA dan IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara).

“Pilihan di tangan Yuni, kami akan bantu dan memberinya masa selama manapun untuk dia mempertimbangkan keputusan mengenai perkara itu,” katanya.

Menurut Zambri, pihaknya merasakan Yuni perlu dibantu memandangkan beliau terpaksa berhenti sekolah lima tahun lalu dan terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan Yuni tidak kisah dikecam di media sosial selepas gambarnya memakai pakaian seragam pengawal keselamatan tular sejak Isnin.

Yuni yang juga pernah bekerja sebagai juruwang dan jurujual berkata, dia sanggup berhenti sekolah untuk bekerja dan pengorbanannya itu adalah demi keluarga.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

“Ini Balasan Mereka Kepada Saya” – Rintih Seorang Ayah Apabila Diabaikan Oleh Anak-Anaknya.

Air Rebusan Ketum VS Pil Ketum Jerman. Mana Satu Hebat? Bagaimana Pula Dari Segi Hukum?