in ,

Gagal Bayar Ikat Jamin, Lelaki Hina Nabi Ke Sungai Buloh

Lelaki hina nabi ke penjara

Lelaki warga emas, Wai Foo Sing, 68, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda di Facebook pada 17 Februari lalu terpaksa ditahan di Penj4ra Sungai Buloh kerana gagal membayar wang ikat jamin.

Sebelum itu, Wai yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam prosiding di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Wai yang tidak diwakili peguam pada mulanya memohon dikenakan jaminan rendah atas alasan tidak bekerja dan menghidap diabetes.

Wai foo sing
Wai Foo Sing gagal membayar ikat jamin dan ditahan di Sungai Buloh

Wai juga difahamkan mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa beg berisi baju dan botol air.

Bagi kedua-dua tuduhan, Edwin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes penghinaan tersebut.

Akhbar melaporkan, sehingga kaunter mahkamah itu ditutup pada petang semalam, Wai didapati gagal membayar wang ikat jamin menyebabkan beliau terpaksa ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Semoga undang-undang negara kita tidak memilih bulu dalam kes-kes sebegini tidak kiralah siapa sahaja yang membuat penghinaan ke atas agama Islam.

Akhir-akhir ini banyak kes-kes penghinaan ke atas Islam dan Nabi Muhammad SAW dibuat oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab termasuk ada di kalangan orang melayu sendiri jika dilihat dari status facebook mereka. Namun hanya pihak berkuasa mampu mengesahkan individu tersebut.

Kepada tertuduh pula, semoga apa yang dia lalui ini memberi pengajaran kepadanya. Kepada mereka yang ada niat pula, simpan sahaja niat tersebut di dalam hati. Selama ini kita hidup aman damai tanpa ada perkara-perkara sebegini. Perbuatan seperti ini juga menyuasahkan pihak berkuasa dan kerajaan.

Apa komen anda?

Lelaki Hina Nabi Tidak Mengaku Salah

Lelaki Hina Nabi Mengaku Tidak Bersalah, Dikenakan Ikat Jamin RM20 Ribu

Rahsia Sujud Ketika Solat

Rahsia Sujud Ketika Solat Kepada Rohani dan Jasmani