in ,

Galaxy Note 20 Akan Jadi Telefon Samsung 5G Termurah?

Galaxy Note 20

Samsung Electronics Co, mengeluarkan phablet terbaru mereka, Galaxy Note 20. Ia juga mungkin menjadi peranti mudah alih 5G termurah dalam pasaran.

Ini juga merupakan usaha syarikat berkenaan untuk meningkatkan penjualan telefon bimbit di tengah-tengah pandemik yang melanda dunia sekarang, memetik sumber pada Khamis seperti yang disiarkan oleh Astro Awani.

Galaxy Note 20 Termurah?

Agensi berita Yonhap melaporkan, Samsung mungkin menjual model Galaxy Note tersebut pada harga 1.199 juta won (US$993) di Korea Selatan, dengan model ultra mewahnya berharga 1.452 juta won.

Siri Galaxy Note ini dijangka akan mula dijual di Korea Selatan pada 21 Ogos depan. Jika harga itu benar seperti diperkatakan, Galaxy Note 20 bakal menjadi telefon bimbit Samsung 5G termurah.

Pada tahun lalu, Galaxy Note 10 dijual pada harga 1.248 juta won dengan model Galaxy Note 10 Plus berharga 1.397 juta won manakala model yang dilengkapi penyimpanan 512 gigabait (GB) dijual pada harga 1.496 juta won.

Peminat-peminat Galaxy Note bolehlah simpan duit untuk mendapatkan model kesukaan anda itu apabila mula dipasarkan di negara ini nanti.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

ikan patin masak tempoyak

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang

Ikon Bandaraya Ipoh

Anugerah Ikon Bandaraya Ipoh Untuk Pavithra Kerana Dia Anak Jati Ipoh – DBI