in ,

Gol Terbaik ACL 2019 – Jom Undi Safawi Rasid Sebelum Dipintas

Gol Terbaik ACL 2019

Kita semua tahu bahawa jaringan pemain JDT Safawi Rasid tersenarai (dicalonkan) sebagai 10 Gol Terbaik ACL 2019 atau AFC Champions League 2019.

Gol yang menarik dijaringkan Safawi dari luar kotak penalti kelab dari China itu telah membuka mata peminat bolasepak Asia bahawa Malaysia juga mempunyai pemain yang bertaraf dunia dan mampu menjadi mesin gol.

Mahukah Anda Safawi Menang Anugerah Gol Terbaik ACL 2019?

Anda semua tahu bahawa Safawi memang berbisa melalui sepakan kaki kirinya. Buktinya adalah menerusi video di bawah dan ketika Malaysia menewaskan Indonesia dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia yang lepas. Ketika itu Safawi menjaringkan dua gol cantik menerusi kaki kirinya.

Ketika artikel ini ditulis, Safawi sedang mendahului saingan terdekat dari kelab Persepolis (Iran) iaitu Shojae Khalilzadeh. Ketika ini (artikel ditulis pada 1 Disember 2019 jam 1030 malam) Safawi mendahului Khalilzadeh menerusi carta undian hanya sebanyak 2% iaitu 810917 manakala Khalilzadeh memperolehi undian sebanyak 778211 undi.

gol terbaik ACL 2019
Carta Undia Gol Terbaik ACL 2019 – AFC

Untuk pengetahuan anda, pada tengahari tadi (1 Disember 2019), Safawi ketinggalan sebanyak 1% walaupun sebelum itu dia mendahului dengan 2% undian.

Oleh itu wahai rakyat Malaysia marilah sama-sama membantu Safawi dengan membuat undian di pautan AFC untuk memastikan beliau berjaya merangkul anugerah Gol Terbaik ACL 2019. Biarlah anda bukan penyokong JDT, namun sebagai peminat bolasepak Malaysia bagi menaikkan martabat bolasepak Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Faiz Subri bagi Anugerah PUSKAS sebelum ini.

Sumber: AFC

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Bacalah doa elak santau dan sihir

Bacalah Doa Elak Santau Sebelum Jamah Makanan Yang Diberi Seseorang Atau Ketika Makan Di Restoren

ponteng solat jumaat

Hukuman Penjara Kerana Ponteng Solat Jumaat Dibidas Oleh Badan Peguam