in ,

Guru Yang Mengamuk Semasa Mesyuarat Dipindahkan Ke PPD Kulim, Bandar Baharu

Guru Mengamuk Semasa Menysuarat Dipindahkan Ke PPD

Baru-baru ini viral seorang guru mengamuk ketika mesyuarat sedang dijalankan di sebuah sekolah di Kulim, Kedah. Kita tidak pasti kenapa guru tersebut boleh bertindak sedemikian. Ada yang kata ada masalah mental dan ada yang kata sebaliknya.

Terbaru berita yang diterima mengatakan guru tersebut akan di tempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baru sehingga siasatan terhadapnya selesai. baguslah tindakan awal sudah diambil.

Sekurang-kurangnya tiada lagi gangguan-gangguan lain selepas ini. Jika guru tersebut masih ada di sekolah terbabit, akan menyebabkan ketidakselesaan berlaku pada guru-guru lain. Sebelum berlaku perkara yang tidak diingini elok benar beliau ditukarkan.

Watan melapurkan Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan pada Jumaat, kesal dengan perbuatan guru berkenaan yang tular di media sosial dan ia jelas bertentangan dengan profesionalisme seorang guru. betul lah semua orang setuju. Rambut sama hitam hati lain-lain.

Berdasarkan maklumat awal, mesyuarat perkara itu dikatakan berlaku 24 Januari lalu.

Guru Mengamuk Dipindahkan Ke PPD Kulim Bandar Baharu
Kenyataan Media

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menempatkan dengan kadar segera guru berkenaan di PPD Kulim Bandar Baru bermula 26 Januari 2018, sementara siasatan punca guru berkenaan bertindak demikian selesai.

“Tindakan ini adalah bagi mententeramkan keadaan emosi guru berkenaan serta menjaga ketenteraman proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah berkenaan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kementerian itu juga mengingatkan warga guru supaya menjaga hubungan dengan rakan sekerja, murid-murid mahupun masyarakat agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Kementerian turut mengingatkan semua guru serta pentadbir sekolah perlu sentiasa berkelakuan serta bertindak secara profesional pada setiap masa khususnya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja, murid-murid serta masyarakat bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berulang.

Kementerian menegaskan, sebagai penjawat awam guru hendaklah pmenunjukkan teladan yang baik ada setiap masa agar kepercayaan dan keyakinan terhadap profesion guru tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

Apa yang kita nampak, guru-guru lain amat profesional semasa kejadian berlaku. Mereka betindak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jika guru-guru lain melayan kerenah guru tersebut, mungkin akan ada kejadian lain lagi yang akan berlaku. Apapun tahniah kepada pihak berkenaan kerana bertindak segera sebelum ianya melarat dan nama baik guru akan tercemar.

Video Kejadian:

https://www.youtube.com/watch?v=wHsPzHwl0O4

Sumber: Watan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Amanda Teague

Wanita Berputus Asa Mencari Pasangan Sesuai Akhirnya Mengahwini ‘Hantu’ Lanun

Yuna dan Adam sah bergelar suami isteri

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair