in ,

Hafizul Hakim Terima Tawaran Lumayan

Hafizul Hakim

IPOH: Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menerima tawaran lumayan. Namun penjaga gol utama pasukan Perak itu masih belum membuat sebarang keputusan tentang masa depannya bersama pasukan itu bagi mengharungi sαingan Liga Super 2021.

Pasukan Perak juga dikatakan akan mengekalkan khidmat penjaga gol utama mereka itu bagi musim hadapan. Namun difahamkan penjaga gol itu diberi tawaran yang lumayan oleh pasukan lain untuk musim depan.

Hafizul Hakim Akui Tersep!t

Hafizul, 27, mengakui tersep!t antara kesetiaan kepada pasukan negeri asalnya dengan kerjaya sebagai seorang pemain bolasepαk profesional. Beliau juga tidak mahu mendedαhkan identiti pasukan tersebut.

“Memang ada tawaran dari pasukan lain. Setakat ini belum ada kepastian ke mana haluan saya.

“Tengoklah nanti macam mana,” kata Hafizul ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Berita Harian, Hafizul mengakui sudah berbincang dengan pengurusan pasukan Perak tetapi keputusan muktamad belum dibuat.

“Kontrak saya tamat hujung bulan ini. Setakat ini tiada sebarang keputusan, tengoklah macam mana nanti,” kata Hafizul.

Pada Mac lalu, Hafizul yang juga bekas penjaga gol kebangsaan telah menjalani pembedαhan lutut kiri berjaya merebvt kembali kedudukannya sebagai penjaga gol utama pasukan Perak.

Penjaga Gol Perak
Hafizul kecewα dengan pembαtalan Piala Malaysia 2020

Baca – Pasukan Kedah Pintas Pasukan Perak di Tangga Kedua Liga

Beliau juga begitu kecewα dengan pembαtalan Piala Malaysia 2020. Ianya sekali gus menutup ruang pasukan The Boss Gaurus mendapatkan slot dalam Piala AFC nanti yang mana dilihat kelebihan berpihak kepada pasukan Terengganu FC.

“Cuba lagi tahun hadapan tetapi tidak tahulah dengan pasukan mana,” kata pemain itu seolah-olah memberi petanda kemungkinan dia akan berhijrah musim 2021 nanti.

Sebelum ini Hafizul dikαitkan dengan pasukan dari Lembah Klang iaitu Petaling Jaya City (PJ City FC).

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Khemah

Beli Khemah Ketika Sale 11.11. Bila Sampai Muat Kepala Dia Ja

Anggota PGA M4ut Ditemb4k di Sempadan