Haiwan Yang Haram Dimakan Oleh Orang Islam Dan Wajib Anda Tahu.

Permasalahan halal dan haram dalam islam bukanlah hal yang boleh diambil mudah. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah bererti bahawa hal tersebut memiliki kemudaratan yang sangat besar bagi manusia itu sendiri. Sedangkan sesuatu yang halal itu bermaksud baik dan tidak memiliki kesan yang mudarat bagi manusia. Hukum halal dan haram dalam islam selalunya mempunyai kesan kepada manusia, bukan untuk sesiapapun selain untuk kehidupan yang seimbang di dunia ini.

Ada sebab mengapa ada haiwan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh orang islam

Salah satu perkara yang dianjur dalam Islam mengenai halal-haram adalah berkaitan makanan. Makanan yang berasal dari haiwan juga wajib diketahui akan halal haramnya. Halal dan haram ini bermakna bagaimana kesannya jika dimakan oleh manusia. Sepertimana Allah melarang khamar keranai ia mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap manusia. Oleh itu, menghampirinya semata-mata dilarang maka ia adalah haram.

Umat Islam wajib mencari sumber makanan halal. Antaranya mengetahui kandungan di dalam sesuatu makanan.

Untuk itu, termasuk mengenai makanan haiwan yang dimakan kita perlu tahu halal dan haramnya. Inilah penjelasan haiwan yang dilarang untuk dimakan oleh orang Islam.

Pernah heboh suatu ketika dulu ikan yang diternak diberi makan dari sumber yang tidak halal. Umat Islam harus berhati-hati.

Perintah Islam Terhadap Makanan Halal

Islam memerintahkan untuk memilih makanan yang halal. Makanan yang halal ini adalah sumber dari energi yang positif dan tentu saja mengandungi keberkatan.

Memilih makanan halal adalah satu bentuk ketaqwaan kepada Allah SWT.

Memilih makanan yang halal adalah satu bentuk ketaqwaan terhadap Allah. Untuk itu, dapat kita lihat perintah Allah mengenai pemilihan makanan yang halal seperti berikut:

Dalam QS An-Nahl: 114

“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah ni’mat Allah jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah“.

Dalam ayat ini dijelaskan bahwa Allah menyuruh untuk memakan makanan yang halal dari yang Allah telah berikan. Selain itu, bentuk kehalalan makanan ini adalah rezeki dan manusia patut untuk mensyukurinya.

Dalam QS Al Baqarah : 168

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”

Dalam ayat ini menunjukkan bahwa Allah telah memberikan makanan yang halal yang ada di muka bumi sedangkan langkah-langkah syaitan selalu mengarahkan manusia untuk mencari yang haram dan menjerumuskan manusia ke jalan yang sesat.

Dalam QS Al Maidah: 87-88

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya”

Makanan yang halal adalah bentuk rezeki dari Alah dan tentunya sebahagian dari ketaqwaan terhadap aturan Allah ketika memilihnya sesuai dengan aturan islam. Bagaimanapun makanan adalah sumber energi dan kehidupan untuk manusia. Jika manusia tidak taat kepada Allah untuk memakannya, maka tentunya kesan kemudaratan itu akan dirasakan sendiri oleh manusia.

Ciri-Ciri Binatang Yang Diharamkan Islam Untuk Dimakan

Makanan dan haiwan yang dilarang oleh Islam dibincangkan dalam al-Qur’an dan juga ijtihad oleh para ulama. Peraturan Islam dalam Al-Qur’an, mengandungi ciri-ciri binatang yang tidak boleh dimakan atau yang dilarang. Tentunya tanpa panduan langsung dari Allah, manusia akan merasa sukar untuk mengetahuinya.

1.  Dalam Al-Quran QS Al Maidah 3:

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala”

Di dalam islam, makanan yang haram dari haiwan adalah berbentuk bangkai dan darah. Untuk itu, dilarang untuk memakan bangkai dan darah yang ada pada haiwan. Selain itu daging babi adalah haiwan yang jelas diharamkan oleh Allah. Walau bagaimanapun haiwan yang disembelih tanpa nama Allah dan juga selain dari aturan Allah adalah diharamkan oleh islam.

Islam melarang umatnya memakan bangkai

Haiwan yang juga diharamkan adalah yang mati dalam keadaan seperti TERCEKIKTERPUKUL, TERJATUH, DITANDUK BINATANG LAIN ,DITERKAM  BINATANG BUAS, DISEMBELIH TIDAK MENURUT SYARIAT dan DISEMBELIH UNTUK BERHALA.

Contoh binatang yang mati diterkam binatang buas.

Untuk itu, haiwan-haiwan tersebut adalah haram hukumnya untuk dimakan. Jika dimakan sudah tentu akan mendatangkan kemudaratan bagi manusia itu sendiri.

2.  Menurut Pendapat Ulama:

Ulama berpendapat ada beberapa perkara yang diharamkan haiwan untuk dimakan. Ianya termasuk haiwan yang apabila diproses oleh manusia mengandungi perkara-perkara berikut.

Mendatangkan bahaya kepada manusia jika dimakan. Misalnya mengandungi racun atau punca lain yang menyebabkan kerosakkan pada tubuh manusia. Sesuatu yang halal akan menjadi haram jika ia merbahaya.

Boleh memabukkan. Mabuk memberi kesan kepada hilangnya kewarasan pada manusia. Untuk itu, mabuk dapat menyebabkan manusia tidak dapat berpikir dengan baik dan rasional.

Mengandung Najis. Ertinya terdapat najis yang tidak dibersihkan atau masih melekat ketika dimasak. Najis adalah kotoran yang jika dimakan tidak bagus untuk kesihatan. Ianya berpotensi untuk virus atau pun bakteria merebak.

Dianggap Kotor. Kotor dalam hal ini dikhuatiri juga mengandungi bakteria atau kotoran yang memberi kesan buruk pada tubuh manusia.

Diperolehi secara tidak halal. Contohnya mencuri atau disebabkan ada unsur-unsur rasuah.

BINATANG YANG HARAM DIMAKAN MENURUT RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW meninggalkan petunjuk mengenai larangan atau pengharaman terhadap haiwan. Berikut adaah beberapa haiwan yang diharamkan oleh islam, antaranya adalah:

Keldai Yang Jinak

“Bahawasanya Rasulullah S.A.W melarang memakan daging keledai yang jinak” (Muttafaqun ‘Alaih).

Gambar Hiasan: Kaldai

Haiwan Yang Bertaring

“Rasulullah S.A.W melarang memakan setiap haiwan bertaring yang buas” (Muttafaqun ‘Alaih).

Singa merupakan binatang buas yang bertaring.

Jenis Burung Yang Bercakar Tajam

“Rasulullah S.A.W melarang memakan setiap haiwan bertaring yang buas dan burung yang bercakar tajam” (HR. Muslim).

Helang merupakan burung yang bercakar tajam dan haram dimakan.

Haiwan Pemakan Najis (Jallalah)

“Rasulullah S.A.W melarang memakan daging jallalah dan meminum susunya” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah).

Haiwan pemakan najis sukar untuk ditakrifkan. Haiwan ini menjadikan najis sebagai makanan asasinya.

Gambar Hiasan

Begitulah binatang-binatang yang haram di makan menurut islam yang dijelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah. Untuk itu, sebagai umat islam kita harus sentiasa  dan wajib memilih makanan yang berasal dari haiwan yang halal.

Semuanya bertujuan agar manusia sihat dari segi rohani dan jasmani, agar mencapai Tujuan Penciptaan Manusia, Proses Penciptaan Manusia, Hakikat Penciptaan Manusia, Konsep Manusia dalam Islam, dan Hakikat Manusia Menurut Islam sesuai dengan fungsi agama, Dunia Menurut Islam, Sukses Menurut Islam, Sukses Dunia Akhirat Menurut Islam dengan Cara Sukses Menurut Islam.

Sumber: dalamislam.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *