in

Hajat Kedah Untuk Dapatkan Kapten Vietnam Terbantut Apabila Kelabnya Tidak Melepaskan Pemain Tersebut

Nguyen Van Quyet. © https://football-tribe.com/asia/wp-content/uploads/sites/8/2017/09/vanquyet.jpg

HAJAT skuad Helang Merah untuk mendapatkan Ketua Pasukan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Quyet pada musim ini tidak kesampaian apabila Hanoi FC enggan melepaskan penyerang tersebut.

Hanoi FC tidak melepaskan Nguyen Van Quyet
© Twitter

Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote berkata, walau bagaimanapun pasukan Kedah telahpun berjaya mencari calon penganti Nguyen bagi kuota Asean. Selepas bekerja keras, kini kedua-dua pihak dalam proses rundingan. Pemain tersebut akan diumumkan kemudian.

Menurut Ramon Marcote, pemain Vitenam itu adalah antara sasaran utama Kedah pada musim ini namun kelabnya tidak mahu melepaskan beliau.

“Kami sudapun mencari calon pemain lain dan saya berharap pemain itu akan bersetuju dalam rundingan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada minggu lalu, kita dihebohkan dengan laporan akhbar bahawa Nguyen Van memilih untuk beraksi di luar Vietnam dan kini Malaysia dilihat menjadi destinasi terbarunya.

Sumber Facebook yang berkaitan kelab-kelab di Vietnam melaporkan Exco Hanoi FC, Nguyen Quoc Hoi mendedahkan bahawa kelab tersebut mendapat tawaran dari pasukan gergasi Liga Thailand, Muangthong United dan juga gergasi utara Liga Malaysia, Kedah.

Bagaimanapun, Hanoi FC mengesahkan melalui laman twitter kelab tersebut mahu terus mengekalkan pemain harapannya itu pada musim ini.

Kedah sudahpun memiliki empat pamain import iaitu mengekalkan dua pemain import terdahulu iaitu Liridon dan Sandro manakala memasukkan dua lagi pemain iaitu Alvaro Silva dari Filipina dan Pablo Pallares dari Sepanyol.

Sumber: Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

JAKIM Jumpa Sajat Petang Ini (16 Jan 2018)

Senarai Artis Malaysia Yang Menukar Agama