in ,

Hanya BN Yang Terbaik Mentadbir Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak rakyat perlu sedar bahawa Barisan Nasional adalah parti terbaik untuk memimpin negara pada masa kini dan akan datang.

Sejak sekian lama mentadbir negara BN adalah sebuah parti yang sentiasa berjuang membina masa hadapan bagi memenuhi harapan rakyat selain mempunyai rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang.

“Kita (BN) telah membina sebuah negara yang aman dan stabil dan tiada ancaman terhadap rakyat. Kita telah membawa banyak kemajuan dan agenda transformasi negara,” katanya semasa melancarkan Rangkaian Sahabat Puteri BN:AZALEA 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Barisan Nasional Terbaik Mentadbir Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersorak kata semangat bersama Pengerusi Sahabat Puteri BN Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kanan) sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Azelea Rangkaian Sahabat Puteri Barisan Nasional (BN) di Panggung Anniversari Kuala Lumpur Taman Tasik Perdana

AZALEA bertujuan menjalin kesepakatan dan kerjasama erat antara Puteri parti-parti komponen BN, badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswi dan wanita muda dalam memberikan sokongan untuk BN.

Turut hadir adalah isteri perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Najib berkata rakyat tidak boleh menaruh harapan kepada pakatan pembangkang sekarang kerana mereka adalah ‘untested coalition’, ‘tidak senang hati’ dan curiga antara satu sama lain.

Kepimpinan BN yang ada pada masa kini akan terus bersedia membawa negara ke arah masa depan yang gemilang menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menjadikan negara berada pada kedudukan antara 20 negara terbaik dunia.

“Saya nak tanya kalau ini aspirasi kita, sama ada orang yang berumur 93 tahun boleh membawa kita ke arah masa depan yang kita nak tuju? Inilah persoalannya. Kita boleh jawab sendiri,” katanya yang jelas merujuk kepada calon perdana menteri pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu Najib berharap gabungan sahabat Puteri yang dinamakan AZALEA itu akan menjadi angkatan baharu yang disegani dan hebat dalam jentera BN.

“Saya mahu dalam hati sanubari kita yang berhimpun hari ini khususnya anda yang mewakili generasi milenium untuk beriltizam dan bekerja bersungguh-sungguh menjamin kemenangan besar untuk BN (dalam pilihan raya umum ke-14),” kata beliau.

Najib merakamkan penghargaan terhadap penubuhan AZALEA, sebagai simbolik kebersatuan keseluruhan anggotanya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kumpulan etnik untuk berjuang demi BN.

Dalam pada itu Najib turut menggariskan tiga pesanan kepada anggota Puteri parti komponen BN, yang pertama berjuang dalam satu barisan yang padu, kukuh dan mengamalkan budaya kerja berpasukan.

“Yang kedua, kita mesti berjuang dengan hati dan niat ikhlas kepada parti dan negara. Sebab inilah kita nak idealisme dalam perjuangan generasi muda. Tidak tercemar dengan kepentingan material dan kepentingan diri. Bergeraklah dengan niat yang suci dan ikhlas,” katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan mereka supaya yakin untuk sama-sama berjuang membina masa depan bagi memenuhi harapan rakyat.

Sumber: SH

Bitcoin Terus Jatuh Merudum

10 Khasiat Yang Tidak Dijangka Jika Anda Mengamalkan Meminum Air Panas Atau Suam.