sukaviral

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Akhirnya Dapat Pengajaran.

Manusia ni, kadang-kadang mereka tak pernah cukup dengan apa yang mereka dapat. Sebagai contoh, kita memberikan mereka kerja, mereka masih merembat barang kita. Ini yang sering berlaku.

Metro melapurkan seorang LELAKI berusia 31 tahun diberkas polis di sebuah rumah di Taman Perpaduan, Ipoh, awal pagi hari ini selepas dipercayai mencuri tembaga dianggar bernilai RM5,000.

Mencuri barang majikan
Gambar Hiasan

Difahamkan dalam serbuan 3 pagi itu, difahamkan lelaki terbabit mencuri tembaga berkenaan daripada majikannya yang juga kontraktor pemasangan penghawa dingin di pencawang syarikat telekomunikasi. Adoi! Patut bisnes macam tak untung.

Kehilangan barangan yang disimpan di rumah mangsa hanya disedari sebaik dia pulang bekerja dari luar kawasan selama sebulan. Bos pun pergi kerja tak balik sebulan tapi dia merembat.

Difahamkan, suspek sudah bekerja dengan mangsa selama kira-kira sembilan bulan. Beberapa barangan lain turut dicuri termasuk tangga aluminium dan mesin pemecah batu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya melancarkan Op Pintu untuk memberkas suspek.

“Serbuan dijalankan di Taman Perpaduan dan polis berjaya merampas tembaga yang dipercayai dicuri suspek.

“Tembaga itu ditemui dalam sebuah bilik di kediaman terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. Denda tidak dimaklumkan berapa RM.

Sumber: MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *