in ,

Harga Terkini Membuat Pasport Antarabangsa Malaysia Dan Cara Renew Secara Online

Permohonan Pasport Antarabangsa Malaysia

Kebelakangan ini ramai Warganegara Malaysia yang sering keluar negara dengan berbagai tujuan samada melancong atau urusan perniagaan. Namun ada yang masih belum berbuat demikian kerana tiada pasport antarabangsa.

Di sini kami siarkan cara untuk membuat Pasport Antarabangsa Malaysia. Bagi mereka yang sudah mempunyai pasport, untuk memperbaharuinya anda tidak lagi perlu pergi ke Pejabat Imigresen.

MAKLUMAT PENTING

Kadar bayaran untuk permohonan baru atau memperbaharui Pasport Antarabangsa Malaysia bagi warganegara Malaysia adalah RM200 dengan tempoh sah adalah selama lima (5) tahun. Bagi mereka yang ingin memperbaharui passport, bolehlah dibuat secara online dan tidak perlu lagi pergi ke Pejabat Imigresen.

Passport Malaysia
Mengikut pengalaman penulis, proses membuat Passport Antarabangsa Malaysia siap dalam masa 1 jam.

KADAR HARGA TERKINI MEMOHON PASPORT ANTARABANGSA MALAYSIA

Harga yang dipaparkan berkuatkuasa pada: 15 Januari 2015 hingga entri ini ditulis.

KategoriKadar Bayaran
Pemohon Biasa (13 - 59 tahun)RM200
Warga Emas (60 tahun ke atas)RM100
Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah)RM100
Pelajar Mengikuti Program Ijazah di Luar Negara (21 tahun ke bawah)RM100
Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji dan agensi yang dilantikRM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)Percuma

Nota: Permohonan boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen.

CARA PERMOHONAN MEMPERBAHARUI PASPORT SECARA ONLINE

1. MYonline Pasport adalah satu cara bagi memudahkan Warganegara Malaysia memperbaharui pasport mereka.

2. Pembayaran boleh dibuat menggunakan Kad Kredit dan Debit Terus (FPX).

3. Pemohon boleh memilih untuk mengambil passport di pejabat yang mengeluarkan pasport yang disenaraikan dalam sistem.

4. Sistem akan menentukan tarikh dan masa untuk mengambil passport berdasarkan hari dan masa pasport anda dibuat.

5. Permohonan yang diproses sebelum jam 3 petang (hari bekerja) akan diserahkan pada hari yang sama.

6. Bagi yang membuat permohonan selepas jam 3 petang, serahan akan dilakukan pada jam 10 pagi pada hari berikutnya (hari bekerja).

Klik Di Sini: Sistem Aplikasi Permohonan Membaharui Pasport Antarabangsa Malaysia Secara Online dan Maklumat Lengkap Mengenainya.

MAKLUMAT DI HALAMAN UTAMA PORTAL RASMI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Jika anda melayari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di halaman utama seperti di bawah:

  • Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia – Blacklist (SSPI)
  • Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
  • Semakan Status Permohonan Permit Masuk (myOnlinePermit)
  • Semakan Permohonan Pembantu Rumah / Pekerja Asing
  • Lain-Lain Semakan Dan Perkhidmatan Secara Dalam Talian (Online)

Semoga entri ini mampu membantu anda dalam urusan di atas.

Sumber: My Sumber

Gadis 15 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki 44 Tahun

Remaja 15 Tahun Fail Sendiri Permohonan Kahwin Di Mahkamah Syarie Dan Telah Berkahwin. Ada Pihak Yang Panas.

Teks Orang Lain Tulis, Dibaca Oleh Orang Lain

Punca Sebenar Bahasa Pelik Keluar Dalam Khutbah Jumaat Oleh Tok Khatib