in ,

Nasib Harimau Malaya, Walau Garang Terpaksa Naik Barracuda

Harimau Malaya Naik Barracuda
Foto - Astro Awani

Garang-garang Harimau Malaya terpaksa naik Barracuda. Itulah nasib skuad bola sepak negara apabila terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis Barracuda milik pihak berkuasa Indonesia untuk keluar dan meninggalkan stadium selepas perlawanan bagi memastikan keselamatan mereka.

Mereka terpaksa melalui pengalaman ini susulan kekecohan berlaku selepas skuad Harimau Malaya berjaya membenam Garuda 3-2 dalam aksi sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta semalam.

INILAH NASIB HARIMAU MALAYA DI BUMI GARUDA

Menurut Astro Awani, kesemua 24 pemain skuad kendalian jurulatih Cheng Hoe serta pegawai pasukan negara diiringi menaiki lima buah kereta perisai Barracuda. Malah, sebuah bas juga digunakan bagi mengalih perhatian perusuh.

Syafiq ketika berjaya membolosi pintu gol Indonesia

Tindakan agressif penyokong Indonesia adalah bukan pertama kali berlaku. Untuk rekod, skuad Harimau Malaya pernah melalui pengalaman sama selepas dikepung dan dibaling objek keras ketika menjulang piala AFF 2010 menewaskan Indonesia 4-2.

Pada Sukan SEA 2011 pula, situasi sama berlaku apabila skuad negara dibawa menaiki kereta perisai Barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah.

Dalam kejadian semalam, mereka antara lain membaling suar, botol batu dan besi kepada penyokong Malaysia.

Difahamkan penyokong Malaysia terpaksa menunggu lebih 2 jam di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel masing masing.

Kita sebagai penyokong bolasepak Malaysia sendiri bingung dengan tingkah laku segelintir penyokong Indonesia ini. Tidak kah mereka berfikir tentang layanan penyokong Malaysia selama ini yang sangat baik kepada mereka jika ada perlawanan yang membabitkan skuad Garuda.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Anak AR Badul M4ut

Anak AR Badul, Mejar Mohd Zahir Maut Semasa Demonstrasi

Kapten Indonesia Sakit Hati Gelagat Penyokong

Kapten Indonesia Sakit Hati Dengan Gelagat Penyokong