Hasrat Mangsa Keldai Dadah Untuk Kembali Ke Malaysia Tidak Kesampaian

Hasrat Syzlin Hataman, mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipenjara dan terkandas di Lima, Peru sejak lapan tahun lalu untuk pulang ke Malaysia tidak kesampaian selepas meninggal dunia pagi ini waktu Malaysia.

BH Online melaporkan, wanita mangsa keldai dadah itu. Syzlin, 43 tahun, berasal dari Johor, meninggal dunia di sebuah hospital kerana komplikasi beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis, selepas dimasukkan ke wad baru-baru ini.

Kematiannya dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Peru kepada Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini. Pihak kedutaan memaklumkan bahawa Shyzlin kembali ke rahmatullah pada jam 6.50 petang waktu Peru pada 7 Oktober 2017, iaitu jam 7.50 pagi tadi waktu Malaysia.

Shamsul juga berkata, beliau dimaklumkan Syzlin dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah, selain kadar gula yang rendah. Pihak hospital pun telah berusaha menstabilkannya tetapi meninggal dunia petang semalam waktu Peru.

syzlin
SYZLIN Hataman meninggal dunia di sebuah hospital kerana komplikasi beberapa penyakit selepas dimasukkan ke wad baru-baru ini. Sumber: BH Online

BH melaporkan pada November tahun lalu menyiarkan laporan esklusif dari Peru mengenai rayuan Syzlin dan dua lagi mangsa sendikit dadah iaitu Suzana dan Azimah yang meminta ihsan orang ramai membantu membawa mereka pulang.

Syzlin pernah meringkuk dalam penjara lebih empat tahun kerana menyeludup dadah. Dia kemudian ditempatkan di sebuah gereja negara itu, yang menjadi tempat tinggalnya kerana kesihatan terjejas.

Dalam temu bual berkenaan, Syzlin menitiskan air mata sambil memohon individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa menghulurkan bantuan supaya dia dapat menemui semula keluarga yang lama terpisah.

Suzana juga terkandas di sana selepas dibebaskan daripada penjara kerana kesalahan yang sama, manakala Azimah yang digunakan oleh sindiket pengedaran dadah ditahan kerana tidak mempunyai permit di negara itu.

Kedua-dua mereka yang telah berkahwin dengan warga tempatan dan mempunyai anak juga merayu bantuan untuk pulang selepas terkandas masing-masing sembilan dan 11 tahun.

Kredit: BH Online

sukaviral.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *