in

Hina Nabi – Lelaki Dipenjara 10 Tahun dan Denda RM50 Ribu

Padah Hina Nabi Muhammad

Banyak sungguh kes hina nabi dan ramai juga yang telah ditangkap. Di Kuching, seorang pemegang akaun Facebook dengan profil Ayea mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial tersebut yang menyinggung perasaan umat Islam.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan didenda RM50,000 untuk kesemua 10 pertuduhan.

Alister Cogia, 22, dari Singai, Bau, ditahan dengan 10 pertuduhan, di mana lima pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 298A (1) Kanun yang sama. Baki selebihnya adalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tertuduh Ayea Yea

Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun untuk setiap pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) dan denda RM10,000 serta dua tahun penjara bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jason memerintahkan hukuman penj4ra dikenakan berturut-turut.

Dia didakwa membuat komen di Facebook yang boleh menyebabkan ketidakharmonian dan ketidakselesaan dikalangan rakyat negara ini pada 9 Feb lalu jam 7.11 petang, pada 10 Feb jam 12.56 pagi, pada 14 Feb jam 1.28 pagi, pada 24 Feb jam 10 malam dan pada Feb 24 jam 10.05 malam.

Dia ditahan di sebuah rumah yang tidak bernombor di Singai, Bau, pada 3 Mac 2019, kira-kira pukul 12.15 pagi.

Pendakwaan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseks4an memperuntukkan hukum4n penj4ra tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun.

Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan tertuduh didenda tidak melebihi RM50,000 atau tempoh hukum4n penj4ra tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 setiap hari di mana kesalahan itu diteruskan selepas selesai.

Perbicaraan dijalankan oleh Pendakwaraya Isa Hassim dan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhari Yusof, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: 3 Lelaki Didakwa Dan Tidak Ditawarkan Ikat Jamin Kes Hina Nabi Muhammad SAW

Sumber: Dayak Daily

Kuah Rojak Special

Resepi Kuah Rojak Simple dan Sedap

Hukuman Ke Atas Ayea Yea Tidak Seimbang

Hina Nabi – Hukum4n Ke Atas Ayea Yea Tidak Seimbang Dengan Kesal4han- Peguam