in

Jom Buat Homemade Loaf Bread Pula!

homemade loaf bread

Lagi resepi roti. Maklumlah resepi resepi roti yang mudah-mudah memang orang cari sebab nak dapatkan roti potong di kedai-kedai bukanya mudah. Dulu mungkin kita tak layan sangat roti, tapi sekarang terasa rindu pula.

Apa kat kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Hehiman Sakuan ini. Perkongsiannya nampak simple. Sudah tentu caranya juga mudah untuk disediakan. Dapatlah anak-anak makan roti.

Bukan senang kita nak dapat yang ni dalam keadaan sekarang

Walau bagaimanapun Min cuba susun ayat elok-elok supaya lagi mudah anda memahaminya. Lagipun Min ada juga asas membuat roti cuba tak berapa ingat sebab dah lama tinggal bidang kuliner ni.

Roti ni di panggil ‘my homemade loaf bread’. Jangan buang masa lagi jom baca resepi dan cuba buat untuk seisi keluarga.

Resepi My Homemade Loaf Bread

cara nak buat roti
homemade loaf bread macam keluar dari kilang

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu (full cream/lowfat/fresh) – suam
1 sudu makan yis
sedikit garam

Cara Penyediaan:

Langkah 1 – campurkan gula, susu (suam) dan yis. Gaulkan hingga berbuih kejap.

Masukkan campuran yis ini ke dalam adunan tepung gandum

Langkah 2 – Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung gandum dan garam. Uli sekejap, kemudian masukkan marjerin. Uli sehingga jadi doh yang elastik. (Cara uli boleh rujuk pada resepi roti yang lepas).

Langkah 3 -Rehatkan doh seketika sehingga menjadi dua kali ganda. Cara rehat doh boleh tengok pada resepi roti yang lepas.

cara buat roti bantal
Doh yang cukup rehat dimasukkan ke dalam loyang dan bakar

Langkah 4 – Masukkan ke dalam loyang atau bentukkan kemudian bakar dalam ketuhar.

cara buat roti gardenia
Siap dan nampak sangat cantik

Langkah 5 – Bila roti masak, angkat dan potong.

Apa lagi, anak-anak sudah sedia menunggu. Sedap dimakan bersama kaya, jem, susu dan macam-maca perasan lagi. Kalau rajin buat roti sandwich, roti bakar (erm baru je bakar kan), roti telur dan apa saja. Selamat menjamu selera.

Buat French Toast pun terangkat!

Apa komen anda? Bagi Min homemade loaf bread dari Hehiman Sakuan ini terbaik. Nampak saja dah cukup tertawan dan sedap walaupun kita tahu macam mana rasa roti kan. Sekurang-kurangnya kita mencuba sendiri. Like dan Share ye.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

jika pkp tidak dilanjutkan

Jika PKP Tidak Dilanjutkan Jangan Berhimpun Selama 6 Bulan Hingga Setahun

muflis atau senarai hitam layak mohon bpn

Berstatus Muflis Atau Senarai Hitam Boleh Mohon BPN