in , ,

Hujan Meteor Boleh Dilihat Oleh Rakyat Malaysia Jam 11 Malam Ini

Fenomena hujan Meteor

Hujan Meteor pulak? Sebelum ini kita berpeluang untuk menyaksikan gerhana matahari cincin yang mana fenomena itu memberi pengalaman baru buat kita semua tak kita generasi muda atau orang-orang lama.

Sekurang-kurangnya kita mengenali juga sistem suria dengan lebih dekat. Ia juga membuktikan kekuasaan Allah mencipta seluruh alam ini dengan berbagai fenomena.

Jika anda terlepas untuk melihat gerhana matahari yang baru berlalu, terpaksalah menunggu sehingga 22 tahun lagi untuk menunggu ianya muncul. Jadi campurlah dengan 22 maka itulah umur anda ketika itu.

Fenomena Hujan Meteor 2020
Saksikan dengan mata anda sendiri malam ini bagi yang bernasib baik.

FENOMENA HUJAN METEOR QUADRANTIDS

Malam ini, akan berlaku satu lagi fenomena yang menarik di atas langit iaitu fenomena hujan meteor Quadrantids.

Ia dijangka akan boleh dilihat bermula pada 4 Januari 2020 jam 11.00 malam sehinggalah awal pagi 5 Januari 2020. Malam ni lah kalau anda nak tahu. Menurut laman timeanddate.com, anda boleh saksikan sehingga 120 hujan meteor dalam tempoh satu jam.

Lokasi-lokasi yang dikatakan anda boleh boleh melihat fenomena tersebut adalah:

1. Johor – Pulau Redang dan Mersing.
2. Melaka – Pantai Pasir Klebang.
3. Negeri Sembilan – Kampung Teluk Pelanduk, Seremban.
4. Selangor – Sekinchan, Broga Hil, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor dan Ulu Yam.
5. Pahang – Pulau Tioman dan Cameron Highlands.
6. Terengganu – Pulau Gem.
7. Pulau Pinang – Pantai Malindo.
8. Sabah – Kudat, Kota Belud dan Tanjung Simpang Mengayau.

Gambar Hiasan – Adakah hujan meteor Qudrantids mirip seperti ini?

Baca Juga – Kemarau Panjang Akan Melanda Dunia Bermula 2019 hingga 2022. Apakah Petandanya?

Jika anda ingin melihat fenomena ini secara optimum, pastikan anda berada di lokasi yang tidak terlalu terdedah kepada pencemaran cahaya yang tinggi. Semoga anda beroleh pengalaman berharga ini. Min jauh.

Apa komen anda? Jika anda berada di lokasi seperti yang disebutkan di atas, janganlah anda melepaskan peluang ini sekali dalam hidup anda. Sila share dan like jika anda suka.

Sumber: Lobak Merak

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Tanam Bawang

Cara Tanam Bawang Tanpa Tanah – Hasilnya Sangat Memberangsangkan

wawasan 2020

Kereta Terbang Bukan Wawasan 2020 – Perdana Menteri