in

Hukum Bersiul Dalam Islam Serta Asal Usulnya

hukum bersiul

Mungkin tidak ramai yang mengetahui hukum bersiul yang sebenar. Sebab itulah kita sering melihat orang bersiul apabila dia terlalu senang hati atau gembira kerana memperolehi sesuatu yang disukainya. Kaum wanita juga mungkin pernah diganggu di jalanan dengan siulan oleh anak muda sebagai bahan gurauan atau usikan.

Adakah bersiul itu dibenarkan dalam Islam? Kita sering mendengar orang-orang tua sering mengatakan bahawa bersiul adalah menyerupai perbuatan syaitan dan kaumnya. Jadi, dari mana asal usul bersiul dan apakah pula hukumnya?

Pada zaman Arab Jahiliyah, bersiul dijadikan sebagai ibadah kaum kafir Quraisy. Mereka akan melakukan penyembahan dengan menepuk-nepuk tangan dan diikuti dengan siulan. Hal ini ada dijelaskan dalam beberapa kitab seperti Ahkam Al-Quran yang telah dibahaskan oleh Imam Al-Jassas.

Menurutnya siulan dan tepukan tangan merupakan amalan dalam solat sebagai pengganti kepada doa dan tasbih.

hukum bersiul di malam hari menurut islam
Gambar Hiasan – Arab Jahiliyah menepuk-nepuk tangan dan bersiul ketika melakukan penyembahan

Allah berfirman dalam Surah Al-Anfal, 8:35 yang bermaksud:

“Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu, rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.”

Oleh itu, siul adalah dilarang dan haram hukumnya. Jadi, adakah tidak boleh bersiul walaupun tanpa niat mengikut kaum kafir terdahulu dan sekadar hiburan dalam diri?

HUKUM BERSIUL

Para ulama’ menjelaskan hukum bersiul kepada beberapa bahagian seperti di bawah:

1. Haram
Menurut pandangan ulama’ al-Lajnah al-Da’imah, ia adalah suatu perbuatan yang dilarang dan haram jika dilakukan dengan niat mengikut tradisi kaum jahiliyah. Ia juga dikatakan sebagai suatu akhlak yang buruk dan tidak sopan dilakukan. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 26/390)

2. Makruh
Ibn Muflih mengatakan bahawa bersiul hukumnya adalah makruh. Ia disebutkan sebagai makruh dari sudut zatiyyah dan bukan syarak. Syeikh Abd al-Qadir dan Syeikh Ibn ‘Uthaimin juga mengeluarkan pandangan yang serupa namun mereka tidak mempunyai dalil yang jelas mengenainya. (Liqa’at Bab al-Maftuh, 4/119)

Walau bagaimanapun, menurut pendapat beberapa jumhur ulama’ lain, mereka mengatakan makruh kerana bimbang perbuatannya adalah untuk menyindir, memperlekehkan seseorang atau mengganggu ketenteraman awam.

Surah Al-Hujurat, 49:11 Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain.”

Malah, menurut sebuah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, beliau mengatakan orang Arab Jahiliyah akan menyuruh hamba-hamba mereka untuk menganggu orang Islam yang sedang mengadakan majlis ilmu beramai-ramai.

3. Harus
Menurut pandangan yang diambil oleh ulama’-ulama’ tafsir seperti Muhammad al-Amin al Syanqiti dan Muhamamd al-Tohir ibn ‘Asyur mengatakan bahawa, jika niat untuk bersiul itu adalah sekadar hiburan dan bukannya menyerupai kaum kafir terdahulu serta bukan untuk tujuan menganggu orang lain, maka ia adalah tidak mengapa. (Adhwa’ al Bayan 2/162 & Al-Tahrir wa al-Tanwir, 9/339)

Jadi, boleh sahaja untuk bersiul, namun jika ia sehinggakan menganggu orang lain seperti dijadikan usikan untuk perempuan, bersiul di rumah ibadah sehingga menganggu majlis-majlis ilmu dan sebagainya adalah tidak dibolehkan.

Sama juga dengan menepuk tangan. Ada yang mengatakan ia adalah tidak dibolehkan kerana Rasulullah tidak pernah mengamalkannya.

Jika tepukan itu adalah untuk dijadikan sebagai pemangkin semangat kepada seseorang, maka ia adalah dibolehkan. Namun, jika ia bertujuan menyindir atau mengganggu-gugat ketenteraman orang lain, maka perbuatan itu dikira sebagai perbuatan yang tidak bertamadun.

BETULKAH SIULAN ITU AMALAN SYAITAN?

Ada sesetengah orang tua melarang anak-anaknya daripada bersiul terutamanya pada waktu malam dengan alasan ia boleh menyeru makhluk halus. Ada juga yang berpendapat bahawa perbuatan siul itu merupakan amalan syaitan yang telah diamalkan sejak mereka diusir keluar daripada syurga.

Namun, adakah benar pernyataan-pernyataan di atas?

Menurut pendapat jumhur ulama’, ia hanyalah mitos semata-mata dan kisah yang diceritakan ialah kisah Israiliyyat. Malah, iblis dikatakan akan berhibur dan bergembira dengan dosa yang dilakukan oleh umat Nabi Adam as dan apabila mereka lalai dalam mengingati Allah. Wallahu a’lam.

Baca Juga – Iblis Pengsan dan Lari Kerana Takut Kemurkaan Allah Selepas Firaun Mengaku Dirinya Tuhan

RUMUSAN

Siulan dan tepukan dalam Islam itu tidak haram selagi ia tidak menganggu keharmonian dan mendatangkan fitnah kepada agama dan orang lain. Allah menghalalkan sesuatu yang baik-baik dalam Islam untuk kebaikan umat Islam sendiri.

Rujukan: Mufti Wilayah via TZKRH

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

video intim disahkan tulin

Video Intim Tulen – KPN

Pak Belang sesat di bukit besi

Pak Belang Sesat Kelaparan-“Nasib Baik Hanya Jilat Pipi”