in ,

Hukum Kucing Berak Di Rumah Jiran – UAI

HUKUM KUCING BERAK RUMAH JIRAN

Kepada pemilik kucing, jangan jadikan isu kucing anda merayau dan membuang najis merata-rata sebagai biasa-biasa. Kita kena tahu juga risiko dan apakah hukumnya kucing kita berak di rumah jiran? Perkara ini juga sebenarnya boleh mendatangkan permusuhan sesama jiran tetangga.

Kadang-kadang tuan kucing tidak mengambil berat atau tidak ambil tahu dan menganggap perkara itu remeh, sehingga mempertaruhkan ny4wa haiwan belaan mereka dalam bahaya sekaligus menjadi mangsa kemarahan orang lain.

kucing
Kucing akan merayau jika tidak cukup makan atau tidak terjaga

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui, sebenarnya terdapat tindakan yang boleh diambil dari sudut agama. Hal ini dinyatakan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi satu sesi soal jawab agama sehingga tular video tersebut. Ini susulah ustaz menjawab persoalan berkaitan isu kucing berak merata ini.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Ustaz Azhar menegaskan bahawa dalam kes ini, kucing yang membuang najis di rumah orang tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah pemilik haiwan tersebut.

KUCING BERAK RUMAH JIRAN
Membela kucing bagus namun berisiko jika tidak dijaga

Tambah beliau lagi, berdasarkan kitab Feqah, sesiapa yang menjadi mangsa boleh meminta pemilik kucing untuk membersihkan rumahnya, tetapi jika mereka enggan berbuat demikian maka perlu membayar ganti rugi.

Kata ustaz sambil berseloroh, “Elok dah hukum hakam….Maka kalau pemilik kucing enggan juga, boleh dilaporkan kepada kadi tapi takkan nak lapor kes kucing pada kadi?

“Jadi dalam kes begini, orang yang beriman dia tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan. Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tidak sejahtera Islamnya,” katanya lagi.

Kucing memerlukan perhatian

Ustaz Azhar berkata lagi sekiranya pemilik kucing masih tidak mengendahkan aduan yang dibuat, maka harus untuk mangsa membawa atau menjauhkan haiwan peliharaan itu ke tempat lain.

Maknanya haiwan tersebut boleh diletakkan jauh dari kawasan rumahnya asalkan ia boleh untuk terus hidup. Bukannya buang ditempat yang agak sukar ia mencari makan dan atau merbahaya.

“Kalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.

Artikel Berkaitan – Jangan Bela Kucing Jika Menyusahkan Jiran dan Keluarga

Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, jika kita membela kucing latihlah kucing kita membuang najis di tempat khas dan berilah mereka makan secukupnya supaya tidak merayau ke rumah jiran. Jangan lupa beri mereka hidup berpasangan. Nanti sunyi pula kucing tu.

kucing hendaklah disediakan tempat membuang dan dilatih

Artikel Berkaitan – Cara Elak Kucing Berak dan Kencing Merata

Jika anda mahu menonton video (jika tiada video di web ini) sila klik di sini.

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE ye. Atau layari page kami di Suka Viral.

Sumber: Sinar Harian

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin

Isu perlantikan ratu transgender

Dulu Pelac_r Pernah Anggotai CCM – Bekas Timb. Menteri Kesihatan