in

Hukuman Penjara Kerana Ponteng Solat Jumaat Dibidas Oleh Badan Peguam

ponteng solat jumaat

PETALING JAYA – Badan Peguam telah membuat kritikan terhadap hukuman penjara dan denda terhadap individu yang didapati bersalah kerana ponteng solat jumaat.

Semalam dilaporkan 6 individu telah dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda lebih RM2,000 oleh sebuah mahkamah syariah di Terengganu kerana ponteng solat jumaat yang disifatkan badan peguam itu sebagai “keras” dan “berlebih-lebihan”.

Hukuman Penjara Ponteng Solat Jumaat Dibidas

Presidennya, Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata hukuman itu keras memandangkan sifat kesalahan dan usia pelaku. Beliau berkata walaupun undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam, harus diingatkan keadilan mesti diujudkan dengan belas kasihan.

ponteng solat jumaat
Antara individu yang telah dijatuhkan hukuman. Foto – HMetro

Mereka merasakan jika dijatuhkan hukuman yang lebih ringan akan menjadi “teguran yang positif terhadap orang-orang yang mahu melakukan kesalahan”.

“Kami berpandangan penghukuman mengikut undang-undang agama seseorang mestilah tidak dilihat sebagai tiada belas kasihan dan keras, sebaliknya adil dan penuh belas kasihan dengan matlamat untuk mendidik, bukan menghukum,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, enam orang termasuk dua remaja didenda dan dipenjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah di Kuala Terengganu kerana ponteng solat jumaat. Kes ini dipercayai kes yang pertama seumpama ini di Malaysia.

Mereka didapati ponteng solat jumaat dan ditahan ketika mandi di tempat perkelahan popular di air terjun Sekayu pada Ogos lalu. Badan Peguam juga menggesa agar dibuat semakan terhadap hukuman dijalankan itu “bagi mencerminkan kelembutan dan kemuliaan dalam ajaran undang-undang syariah.”

Sumber – FMT

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Gol Terbaik ACL 2019

Gol Terbaik ACL 2019 – Jom Undi Safawi Rasid Sebelum Dipintas