Hutang Shahir: Tanyalah Dia – Erra

Jawapan Erra Fazira ketika ditanya berkaitan Shahir, “KALAU inginkan penjelasan mengenai isu hutang Shahir, tolong tanya sendiri dengannya.”

Nama Shahir kembali menjadi sebutan November lalu mengenai dirinya dikatakan lari dari membayar hutang. Bagaimanapun, sehingga hari ini penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu masih berdiam diri.

Sebelum itu kecoh mengenai kontroversinya bersama pramugari bernama Mona Syamimi.

Erra Fazira, 42. @ MyMetro

Erra ketika ditemui akui dia dan Shahir masih berkawan tetapi dia tidak pernah mencampuri urusan peribadi berkaitan isu Shahir berhutang dengan mana-mana pihak.

“Hal ini bukan masalah saya, seharusnya pihak media tidak bertanya mengenainya kepada saya. Tanyalah sendiri dengan Shahir,” tegasnya.

Kata Erra, dia juga mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seninya pada 2018 ini dan memilih kehadiran tahun baru dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan Mind Order Managemant Sdn Bhd.

“Selepas 25 tahun, buat pertama kali saya memilih untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan. Ini menunjukkan betapa saya serius untuk membangunkan kerjaya seni sempena kedatangan 2018,” katanya.

Jelas Erra, sudah tiba masanya dia mempunyai pasukan pakar dalam membangunkan kerjaya seni serta jenamanya.

“Saya sangat teruja dengan pelbagai perancangan yang sudah dirangka untuk saya khususnya dalam bidang lakonan dan nyanyian. Mereka juga membantu saya dari aspek produk dan penjenamaan saya,” katanya.

Sumber: My Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *