in

Iblis Asalnya Alim Tapi Sombong. Yang Kita Patut Takut….

Asal usul Iblis adalah makhluk yang sangat alim. Jika kamu bertanyakan kepada Iblis tentang Al-Qur’an, maka mudah saja diberi penerangan dengan sangat jelas, kerana ia juga mengetahui saat turunnya ayat itu dari langit.

Jika kamu bertanyakan kepadanya tentang ilmu hadis, maka ia sangat pandai menjelaskannya kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith tersebut.

Jika kamu bertanya tentang kisah para nabi, maka ia dgn tepat boleh menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak nabi adam masih berada dalam syurga.

iblis
Jangan sombong kerana sejauh mana pun ilmu yang ada, sangat dimurkai oleh Allah swt

Itu semua kerana iblis itu adalah Ahli alqur’an, ahli riwayat serta sangat alim dan pandai dalam segala ilmu. Namun yang demikian Iblis tidak menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimah “AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”.

Semoga dengan sedikit ilmu yang ada pada diri kita ini tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan. Kita juga harus faham bahawa ilmu yang ada itu tidak menjamin seseorang menjadi taat kepada Allah dan Soleh.

YANG KITA PATUT TAKUT…

bertakwa kepada Allah
Kita patut takut dan minta dijauhi sifat-sifat yang ada pada iblis

Hati kita kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain.

Kita sentiasa merasa diri kita yang paling benar sehingga merendahkan orang lain.

Ego kita terlalu tinggi sehingga merasa paling baik di antara yang lain.

Kita lupa bercermin diri namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Ilmu kita akan membuat kita menjadi sombong serta memandang yang lain berbeza dari diri kita.

Lidah kita makin lincah memperkatakan tentang aib orang lain, namun terlupa dengan aib diri sendiri yang setinggi gunung.

Kita hanya hebat dalam berkata-kata namun buruk dalam perbuatan.

Kita hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam membaiki diri sendiri.

Kita sangat benci akan dosa orang lain, namun saat kita sendiri berbuat dosa kita tidak membencinya.

WAJIB KITA BERHARAP

Muhasabah
Sentiasalah bermuhasabah dan takutkan Allah

Semoga Allah SWT sentiasa menyedarkan kita sehingga lebih rajin muhasabah diri daripada mengurus hal orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya tidak baik berbanding diri kita. Aamiin.

Selalulah kita melihat ke dalam hati kita. Wallahu a’lam.

“Allahuma shollii ‘alaa sayyidina muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi wa salim”

Baca Juga – 40 Cara Elak Gangguan Jin dan Syaitan

Sumber: facebook

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Bayi ditinggalkan bersama sekeping nota

Bayi Ditemui Bersama Sekeping Nota – “Saya Seorang Ibu Yang Gagal”

Jangan bela kucing

Jangan Bela Kucing Jika Susahkan Jiran & Keluarga – Dr. Maza