in ,

Ibu Serah Sendiri Suspek Samun Di Sungai Petani Kepada Pihak Polis – Tahniah

Suspek Samun Diserah Kepada Polis

ALOR SETAR 13 Sept. – Seorang lelaki yang melakukan samun bersenjata di sebuah kedai dobi layan diri di Sungai Petani, telah diserahkan kepada polis hari ini. Ibu lelaki tersebut telah menyerahkan sendiri anaknya yang berusia 21 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda pada pukul 1.30 petang tadi.

Dua suspek kes samun tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, seorang lagi rakan suspek yang terlibat dalam kes itu masih diburu oleh pihak polis.

“Lelaki yang diserahkan sendiri oleh ibunya kepada polis, akan direman esok,” katan Mior Farid di sini, hari ini.

Sebelum itu, dalam catatan di Facebook seorang wanita yang yang mengaku sebagai ibu kepada salah seorang suspek mendakwa, dia telah pergi ke balai polis untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Katanya wanita itu,

“Salah tetap salah walau pun anak. Mungkin kerana keadaan terpaksa menyebabkan dia bertindak begitu akibat pengaruh dengan kawan-kawan.

“Ibu mana yang mahu anaknya menjadi seperti ini? Tetapi tiada daya upaya saya, segalanya telah terjadi dan cuma yang tinggal kini hanya memanjatkan doa kepada ilahi agar diberikan ketenangan dan hidayah untuknya,’

Wanita itu berkata ketika beliau membalas pertanyaan salah seorang individu yang bertanya sama ada suspek tersebut merupakan anaknya.

Hari ini akhbar dan media sosial melaporkan tindakan dua remaja bersenjatakan parang melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM14,500 di dua lokasi di Sungai Petani semalam.

Wajah kedua-dua suspek yang jelas kelihatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai dobi layan diri dan kedai runcit tempat kejadian jenayah itu berlaku, tersebar di media sosial sekali gus menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam komen yang sama wanita tersebut turut memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada mereka yang menjadi mangsa anaknya.

Netizen memuji tindakan ibu suspek.

Sementara itu dalam status yang dimuat naik, wanita tersebut mengakui merasa tidak kuat untuk menerima dugaan.

“Di manakah salah dan silapku sebagai seorang ibu? Telah ku curahkan segalanya buat anak-anak tersayang namun apakan daya segala pengorbanan dan penat lelah seornag ibu tidak diambil peduli.

“Mengapakah jalan mudah yang diambil? Andai ada salah silapku dalam mendidik mereka sebelum ini, kau berikanlah petunjuk buat mereka agar dibukakan pintu hati ke arah kebaikan. Sesungguhnya hanya padamu aku memnita pertolongan dan berserah,’ katanya.

Bukan wanita itu sahaja, semua orang tidak mahu anak-anak jadi seperti itu. Sebagai ibu bapa, mereka telah mendidik anak mereka yang terbaik dan termampu sehingga sanggup berbuat apa sahaja kerana anak-anak. Tetapi ada di kalangan anak-anak memilih jalan yang salah samada faktor kawan-kawan atau diri sendiri.

Semoga kes ini berjalan dengan baik dan pesalah dihukum dengan seadilnya.

Sumber: Facebook

Bayi Perempuan Ditemui Dalam Bag Di Jejantas Jalan Kampung Pandan

Kanak-Kanak Tertinggal Atas Motosikal Yang Bergerak Laju Selepas Kemalangan. Apa Terjadi Selepas Itu Sangat Tidak Disangka