in ,

“ALLAHUAKBAR!! Ibu Sonny Bill Williams (Pemain Ragbi All Black) dan Rakan Sepasukannya Mengucap Syahadah

Ibu kepada bintang ragbi terkenal New Zealand, Sonny Bill Williams dan sahabat baiknya dilaporkan telah memeluk agama Islam tidak sampai dua minggu selepas trajedi di Christchurch.

Ibu kepada atlet yang berusia 33 tahun itu dan rakan sepasukannya, Ofa Tu’ungafasi telah mengucap dua kalimah syahadah.

peluk islam
Williams bersama Fontain dan Tu’ungafasi. Photo: Dailymail

Berita itu turut disambut gembira imam di Zimbabwe, Sajid Umar yang menyatakan sokongan beliau di Twitter, kelmarin.

“Kami mendapat khabar gembira ibu kepada saudara kita @SonnyBWilliams memeluk Islam bersama sahabat dan rakan sepasukannya. Segala puji bagi ALLAH. Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Walaupun saya jauh, saya sangat gembira dengan saudara saya. ALLAH memberi hidayah kepadanya,” katanya menerusi Twitter.

Photo: twitter via dailymail

Gambar mereka turut dikongsi rakannya, John Fontain yang menunjukkan Tu’ungafasi memakai jubah putih bersama Williams.

“ALLAHUAKBAR, hari ini, ibu Sonny Bill Williams dan rakan sepasukannya, Offa Tu’ungafasi memeluk Islam. Semoga urusan mereka dipermudahkan dan ditempatkan di syurga, Amin,” kata Fontain.

syahadah
Lawatan ke hospital bagi menziarahi mangsa trajedi. Photo: Dialymail

Difahamkan, Williams yang menjadi orang Islam pertama bermain untuk All Blacks turut melawat mangsa dalam kejadian tempohari di hospital bersama temannya.

Williams ketika menziarahi Ziyaad Shah, salah seorang mangsa trajedi di masjid Al Noor. Photo: Dailymail

Sumber: Daily Mail

Kisah Hijrah Sonny Bill Williams

“Dulu saya budak jahat”

Beliau dibesarkan dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit telah mendorong Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti.

Impian ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.

Bersama ibunya. Photo: Dailymail

Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah kami hanya ada dua bilik yang mana satu bilik untuk saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk dua adik-beradik perempuan saya.

Ayah dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding (wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya sangat takut dengan sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.

Karear Sebagai Pemain Ragbi

Karier beliau bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog. Seterusnya menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka kini beliau menjadi pemain bintang.

Meskipun mengambil masa yang lama, Sonny berjaya memenuhi impiannya untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.

Sumber: Daily Mail Via Catatan Terakhir

Kereta Lelong

24 April 2019 – JPJ Seberang Jaya Akan Lelong Kereta Serendah RM700. Jom Serbu!!

Remaja Dipukul Selepas Solat Di Masjid

Remaja Masuk Masjid Untuk Solat Isya Dipukul Hingga Berlubang Dahi