in

Ilmu Pulangkan Sihir Yang Dituju Kepada Penghantar

Ilmu memulangkan sihir

Kebanyakan orang tidak pernah merasa puas hati terhadap kejayaan atau pencapaian orang lain samada dalam bidang perniagaan, akademik, jodoh dan sebagainya. Jalan mudah untuk menunjukkan ketidapuasan hati adalah menghantar sihir kepada orang yang mereka tidak puas hati itu. Mungkin mereka lupa bahawa orang lain boleh pulangkan sihir kepada mereka semula.

Mereka juga lupa bahawa setiap perbuatan mereka itu tetap menunggu balasan daripada Allah SWT jika mereka tidak meminta maaf dan bertaubat kepada Allah SWT. Apatah lagi jika perbuatan mereka itu membawa kepada syirik kepada-Nya.

Mangsa sihir pula sudah tentu berhabis beribu ringgit malah ada yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memulihkan diri daripada sihir. Ada juga yang berhasrat untuk memulangkan semula sihir tersebut kepada si penghantar.

Memang kebanyakan peramal perubatan akan berkata, kita buang saja dan tidak perlu dipulangkan kepada si penghantar. Namun bagaimana jika ianya berulang disebabkan oleh orang yang sama? Mahu tidak mahu sesekali kita akan terfikir bagaimana cara supaya penghantar itu merasa apa yang kita rasa selama ini.

cara pulangkan sihir
Dalam perniagaan juga banyak yang menjatuhkan pesaing menggunakan sihir

Cara Pulangkan Sihir Yang Dituju

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara amalan untuk pulangkan sihir yang di tuju kepada mereka kepada penghantar. Satu perkongsian menarik di facebook oleh seorang pengamal perubatan yang telah mengijazahkan satu Ilmu Orang Melayu Terdahulu kepada mereka yang di tuju perkara-perkara yang tidak sepatutnya itu, berikut adalah amalannya.

Apakah Amalan Yang Harus Dilakukan Untuk Pulangkan Sihir?

Amalan untuk pulangkan sihir sebenarnya mudah sahaja. Anda hanya perlu membaca ayat di bawah ini sekali sebelum tidur dan cuba mengamalkannya selama 44 hari.

بسم الله الرحمن الرحيم, نوكوليم نواكوليم-أمبل أمبل مستقيم- أه غن سباغن أه غن سباجن

“Bismillahirrohmannirrohim…nukulim nuakulim ambil ambil mustaqim ah ghain sabaghain ah ghain sabajan”

Kemudian disambung dengan doa dalam bahasa Melayu seperti berikut:

“Sabirin nama negeri sunnah rasul nama senjata, buatan jin, syaitan, iblis buatan jin dan manusia, antara langit dan bumi, engkau datang terlentang engkau balik tertiarap makan hati jantung limpa tuan engkau bukan dengan kuasa aku dengan kuasa Allah, berkat aku memakai doa pemaling tuju yang awal mula menjadi berkat kata.

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Selepas genap empat puluh empat (44) hari di amalkan ilmu ini kelebihannya ialah sekiranya ada barang yang di tuju kepada kita barang itu akan di pulangkan kepada penuju itu semula. Semuanya jika Allah berkehendak dan kita hanya berikhtiar dengan yakin untuk pulangkan sihir itu.

Ini kerana setiap ilmu itu wajib bediri atas keyakinan diri kita. Ini adalah Ilmu Melayu Zaman Dahulu Kala untuk memulangkan apa yang dituju kepada kita.

cara pulangkan sihir yang dtuju
Janganlah jadikan ilmu hitam sebagai jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah

Jika anda merasa Ilmu pulang sihir ini tidak menepati syariat Islam jangan diamalkan kerana sudah dinyatakan bahawa ini adalah ilmu orang melayu dahulu kala. Sila bertanyakan kepada yang lebih arif jika anda merasakan perlu.

Jika anda berkehendak untuk pulang sihir berusaha lah dan bertanya kepada orang-orang tua dan orang yang lebih arif. Itu barulah menampakkan yang mereka berkehendak, maka barulah mereka dapat miliki serta tahu bahawa ilmu melayu ini bukan sembarangan malah setiap bait-bait ilmu itu ada maksud yang tersirat.

Kepada kawan-kawan dan sahabat semua, Min mahu berpesan jika kita tidak mampu menyaing orang lain dalam apa jua bidang samada perniagaan, pertanian maupun dalam pelajaran, tidak perlu kita menaruh perasaan iri hati kepada mereka yang berjaya. Teruskan usaha kita.

Min sendiri pernah melihat sendiri bagaimana sukarnya kehidupan mereka yang terkena atau dihantar sihir oleh orang lain. Bukan sahaja kehidupan seharian menjadi tidak tentu arah, malah menyebabkan huru hara seluruh keluarga. Sebenarnya, untuk pulangkan sihir tidak semua pengamal perubatan yang mahu lakukan.

Jika kita gagal dalam sesuatu hal, berusahalah. Mana tahu satu masa, rezeki yang Allah susun itu akan menjadi milik kita. Insya Allah.

Setiap kaum mempunyai ilmu mereka sendiri termasuk lah orang-orang melayu. Tinggalkan jika anda merasakan ianya ada unsur-unsur yang tidak baik. Wallahu a’lam.

Baca Juga – Jika Anda Merasakan Terkena Sihir, Minumlah Air Kelapa

Sumber: Md Rosdi Hassan

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

tips kecantikan turunkan berat badan

Gadis Kongsi Berat Badan Turun & Kulit Cantik Lepas Berhenti Minum Air Manis

cara dapatkan semula file dalam pendrive

Cara Dapatkan Semula File Yang Hilang Dalam Pendrive (Cara Baiki Pendrive)