in

Iman Semut dan Iman Manusia, Siapa Lebih Hebat?

Di zaman Nabi Sulaiman A.S berlaku satu peristiwa ketika Nabi Sulaiman A.S ternampak seekor semut di atas batu. Nabi Sulaiman A.S merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Gambar Hiasan.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut adakah kamu yakin ada makanan yang cukup untuk kamu?” Semut menjawab: “Rezeki di tangan Allah! Aku percaya tentang itu! Aku yakin di atas batu ini ada rezeki untuk aku”.

Nabi Sulaiman A.S bertanya lagi : “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku hanya makan sekadar sebiji gandum dalam sebulan”.

Nabi Sulaiman A.S mencadangkan : “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu berada di atas batu, aku boleh tolong kamu”. Nabi Sulaiman A.S mengambil satu bekas lalu mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Kemudian Nabi Sulaiman A.S mengambil sebiji gandum, diletakkan dalam bekas dan ditutup bekas itu. Nabi Sulaiman A.S meninggalkan semut tersebut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama sebulan.

Apabila genab sebulan, Nabi Sulaiman A.S melihat hanya separuh sahaja gandum dimakan oleh semut.  Lantas Nabi Sulaiman A.S berkata kepada semut: “Rupanya kamu berbohong pada aku! Bulan lalu kamu mengatakan bahawa kamu memakan sebiji gandum dalam sebulan, tetapi apa yamg lihat sekarang kamu hanya memakan separuh sahaja”.

Gambar Hiasan

Jawab semut: “Aku tidak berbohong! Kalau aku berada di atas batu, nescaya aku pasti akan makan apapun banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu memasukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku hanya memakan separuh sahaja supaya mampu bertahan sehingga dua bulan. Aku bimbang kamu lupa”.

Itulah Iman semut…Hebat

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang penggali kubur. Kerja menggali kubur bukanlah pelik dan ganjil. Tetapi yang pelik dan ganjil ialah beliau tidak menggali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila jenazah sudah ditanam, waris sudah pulang ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk mengoreknya kembali.

Dia mahu melihat bagaimana rupa bentuk mayat setelah disoal oleh Munkar dan Nakir. Dia sanggup menggali sehingga 100 kubur. Selepas itu, penggali tersebut bertemu dengan Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Wahai Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, hanya dua sahaja mayat di dalamnya masih mengadap kiblat?. Sedangkan 98 lagi sudah beralih ke belakang”

Jawab Imam Suffian: “Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Allah”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman mereka akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu menjadi hakim, harta dihakimkan. Harta berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu bertambah apabila dibelanjakan”.

Tahukah Anda Asal Usul Kejadian Api Di Bumi?

MEMEY & ABBY ABADY DI ATAS SATU PELAMIN