in ,

Akhirnya Individu Yang Menghina YDP Agong Di Tahan

Setelah menerima aduan dari berbagai pihak berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun di media sosial yang telah memuat naik komen-komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad Ke V berkaitan isu perletakan jawatan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong XV, Polis Di Raja Malaysia telah mengambil tindakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi laman facebooknya telah mengamaskini statusnya seperti berikut:

“Tangkapan ke atas tiga (3) suspek kerana menghina Sultan Muhammad V di media sosial”.

menghina agong
Ketua Polis Negara

Ekoran itu, tiga individu yang telah menjadi tular di media sosial telah di tahan pada bagi membantu siasatan iaitu:

  • Eric Liew Chee Ling yang merupakan pemilik akaun facebook “Eric Liew”,
  • Azham Akhtar bin Abdullah yang merupakan pemilik akaun twitter @azhamakhtar, dan
  • Nur Alia binti Astaman yang merupakan pemilik akaun twitter @aliaastaman.

Ketiga-tiga individu di atas disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tan Sri Mohamad Fauzi dalam siaran medianya menasihatkan agar masyarakat tidak menggunakan medium laman sosial untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau manipulasi isu perletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap Institusi DiRaja di negara ini.

Sebelum ini, ketiga-tiga individu itu telah diambil tindakan oleh majikan masing-masing. Eric Liew telah meminta maaf atas keterlanjurannya namun rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati jika tiada tindakan diambil ke atas mereka.

Komen daripada nestizen:

hina agong
Antara komen netizen

Kenyataan mereka dilihat sangat melampau dan mampu menimbulkan kebencian. Mereka juga sedikit sebanyak telah mencemar nama baik Kerajaan Malaysia sendiri kerana secara tidak langsung media sosial di negara ini seolah-olah terlalu bebas dan tiada pemantauan dari kementerian terbabit. Terdapat banyak lagi kes-kes penghinaan seperti ini yang perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Sumber: facebook

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Suami Isteri Hina YDP Agong Digantung Kerja

Suami Isteri Hina YDP Agong Telah Digantung Kerja

Debaran 10 Selebiriti Menanti Orang Baru