Ingatkah Anda Hari Ini Adalah Hari Pembayaran Khas Untuk Kakitangan dan Pesara Kerajaan?

Semua tahu bahawa permohonan CUEPACS meminta kerajaan supaya memberi bonus sebanyak sebulan setengah kepada kakitangan awam dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu tidak diluluskan.

Walau bagaimanapun, bagi meringankan bebanan kos sara hidup, Kerajaan Malaysia berjanji akan memberikan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam. Manakala pesara kerajaan turut menerima bantuan khas sebanyak RM750.

Kerajaan Menjanjikan Bayaran Khas
PM ketika Pembentangan Bajet 2018 yang lalu. © The Malaysian Insight

Pemberian bayaran khas itu juga dianggap sebagai ‘bonus’, memandangkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan stress (tekanan) dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah pada awal tahun.

Difahamkan pembayaran tersebut adalah hari ini 8 Jan 2018.

Sudahkah anda periksa akaun anda? Adakah JANJI DITEPATI? Sila lihat akaun anda.

Video:

Untuk maklumat lengkap mengenai bayaran khas ini, sila rujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan menerusi judul pautan di bawah:

#1. Pekeliling PERKHIDMATAN PERATURAN KHAS
#2. Pekeliling PERKHIDMATAN PERATURAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

Sumber: MySumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *