in

“Ini Balasan Mereka Kepada Saya” – Rintih Seorang Ayah Apabila Diabaikan Oleh Anak-Anaknya.

Kisah sedih ini menceritakan bagaimana seorang ayah terpaksa menfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya selepas masing-masing didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagaimana seorang anak terhadap ayah. Beliau juga tidak sihat kerana mengalami angin ahmar.

Sinar Online melapurkan, Saad, 84, (bukan nama sebenar) sebelum ini berstatus jutawan. Sebelum ini beliau memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta. Dia mempunyai tujuh orang anak yang berusia antara 41 hingga 58 tahun.

Menurut Saad, setelah kesemua aset yang diusahakannya sejak 1970-an diagih-agihkan kepada anak-anaknya untuk diusahakan, lain pula jadinya.

Kesemua anaknya bukan sahaja ‘lupa daratan’ malah mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri keduanya.

“Saya kesal kerana mereka meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun tidak diberi, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan saya kini.

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada mereka, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya.

Saad mendakwa sudah dua tahun anak-anaknya tidak menjenguknya, malah ketika mengerjakan umrah sebelum ini pun mereka tidak datang berjumpa.

Sambil menahan sebak ketika mengadu di Pejabat Pusat Khidmat BN (Pembela BN) Negeri di Ayer Keroh, beliau mengimbau kembali kisah sedih beliau dilayan anaknya.

Bagaimana pada satu ketika keretanya kehabisan minyak. Beliau pergi ke stesyen minyak yang kini diusahakan oleh anaknya, tetapi tidak diendahkan dan tidak dibenarkan untuk mengisi minyak.

Dua jam Saad menunggu bahkan dimaki.Padahal itu adalah stesyen minyak yang beliau usahakan dulu.

Peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Saad pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.

Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya Mohd Adli.

Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, di dalam situasi dan usia ayah sebegitu rupa, malah kesihatan yang tidak mengizinkan itu, tidak sepatutnya anak-anak ketepikan bapa yang sudah banyak berjasa selama ini.

“Selama ini ayah telah berkorban untuk meningkatkan ekonomi anak-anak dengan tanpa usaha anak itu sendiri.

“Hari ini dengan berlandas usaha ayah, anak-anak ini berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing. Apa salahnya memberi sedikit sumbangan bulanan pada ayah?,” tegasnya.

Sumber: Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Tarikh Tutup Pendaftaran BR1M Dilanjutkan

Yuni

Gadis Pengawal Keselamatan Buntu Untuk Memilih Samada Menyambung Pelajaran Atau Terus Bekerja Bagi Membantu Keluarga Sehingga Bapanya Sembuh.