in

Inilah Punca Seorang Lelaki Tertinggal Ibunya Di Hentian Rehat Bukit Besi

Sebelum hariraya, tular seorang ibu tertinggal anaknya di Hentian Rehat Temerloh dan semalam seorang lelaki tertinggal ibunya sendiri juga di sebuah hentian Rehat. Sila PERIKSA PENUMPANG DALAM KENDERAAN ANDA sebelum anda meneruskan perjalanan.

Kerana mahu cepat dan tergesa-gesa bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, seorang lelaki dan isterinya tertinggal ibu mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, Dungun semalam.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang berusia 40-an bersama isteri dan ibunya yang berusia 73 tahun menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kira-kira jam 8 pagi mereka tiba di R&R Bukit Besi. Lelaki tersebut menghentikan kenderaannya di kawasan rehat itu kerana isterinya mahu ke tandas.

tertinggal ibu
Anggota JPJ sedang bertanyakan sesuatu kepada Ibu tersebut. Wajahnya kelihatan sugul.

Lelaki tersebut dan ibunya menunggu di dalam kereta. Akhirnya beliau tertidur seketika sementara menunggu isterinya keluar daripada tandas.

Tidak lama selepas itu, ibu berkenaan keluar dari kereta untuk pergi ke tandas tanpa disedari oleh anaknya yang sedang tidur.

Sebaik isterinya masuk ke dalam kereta, mereka meneruskan perjalanan tanpa menyedari ibu mereka masih berada di dalam tandas dan tiada di dalam kereta. Akibatnya ibu tersebut tertinggal di R&R terbabit.

Apabila keluar dari tandas, ibu tua terbabit terkejut kerana mendapati anak dan menantunya itu tiada di kawasan parkir terbabit sebelum dia bertindak meminta bantuan orang ramai yang ada di situ.

Orang ramai berusaha untuk menghantar warga emas terbabit melalui bas yang berhenti di R&R terbabit namun semua pemandu bas bimbang untuk mengambilnya.

Akhirnya dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang secara kebetulan meronda di kawasan terbabit, membantu ibu terbabit dengan menghantarnya ke Balai Polis Bukit Besi.

tertinggal ibu sendiri
Dua pegawai JPJ ini menghantar ibu tersebut ke Balai Polis Bukit Besi.

Anak dan menantunya hanya menyedari ibu mereka tiada di dalam kereta ketika mereka berhenti di Hentian Rehat Gambang yang jaraknya kira-kira 196 kilometer dari R&R Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, hasil dari soal siasat pihak polis dengan warga emas terbabit, mereka berjaya menghubungi anak perempuannya yang mengajar di sebuah sekolah di Bukit Payong.

Berpandukan maklumat tersebut, pihak polis berjaya menghubungi sekolah terbabit bagi mendapatkan nombor telefon anak lelakinya itu. Tindakan dan Kecekapan Polis telah berjaya menghubungi anaknya.

“Polis berjaya memaklumkan berhubung kejadian itu kepada anaknya sebelum seorang cucu warga emas terbabit datang ke Balai Polis Bukit Besi, kira-kira 12.30 tengah hari.

“Warga emas terbabit kemudiannya dibawa pulang semula Ke Bukit Payong, sementara anak lelaki dan menantunya itu berpatah balik untuk mengambil semula ibunya itu,” katanya.

Dalam viral semalam, berbagai-bagai komen daripada netizen. Ada yang menempelak anak lelakinya dan ada juga yang bersangka baik. Bagi Min mungkin boleh berlaku atas faktor kealpaan kita. Min sendiri pernah tertinggal sebab main turun je bila kenderaan berhenti.

Apapun pengajaran yang kita dapat di sini, sekiranya anda memandu bersama keluarga, pastikan anda sentiasa membuat pemeriksaan sebelum anda bergerak selepas berhenti di mana-mana. Jangan hanya mendengar bunyi pintu kereta ditutup anda terus menekan minyak.

Apapun syukurlah kerana ibunya selamat dan berjaya bertemu semula dengan anaknya. Pesan Min kita jangan cepat bersangka buruk. Seeloknya bersangka baik terlebih dahulu.

Apa Pendapat Anda? Kalau sudah bah Baca, jangan lupa komen, like dan share ya.

Jom Like Page Kami di Suka Viral

sumber : hmetro

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Manfaat Mandi Sebelum Masuknya Waktu Subuh

Penawar Sihir

Jika Anda Rasa Terkena Sihir, Minumlah Air Kelapa