in ,

Perkara Yang Membolehkan Seseorang Isteri Minta Cerai

Perkara Yang Dibolehkan Isteri Minta Cerai

Biasanya kita akan memandang serong jika kita mendengar ada wanita yang meminta cerai. Samada ada kita membacanya di akhbar atau berlaku di tempat kita. Sudah pasti ada yang mengatakan “wanita yang meminta cerai tidak akan bau syurga”. Dari satu sudut mungkin benar namun ianya hanya boleh diguna pakai jika isteri meminta cerai atas alasan yang tidak munasabah.

istri minta cerai
Isteri berhak menuntut cerai jika mempunyai alasan yang munasabah

Dalam ajaran islam adakah isteri dibolehkan memohon supaya perkahwinan mereka dibubarkan? Sebenarnya boleh tetapi mengikut situasi. Anda mesti tertanya-tanya dalam situasi yang bagaimana?

SITUASI MEMBOLEHKAN ISTERI MENUNTUT CERAI

Berikut disenaraikan beberapa situasi yang membenarkan isteri meminta cerai dari suaminya:

1. Suami yang menyuruh isterinya berzina:

Kes seperti ini memang berlaku. Biasanya jika seseorang suami itu terlalu banyak berhutang dengan seseorang. Bagi menyelesaikan hutangnya, isteri harus menyerahkan maruahnya kepada pemiutang.

2. Suami yang menyuruh isterinya minum arak:

Ada suami yang memaksa atau menyuruh isterinya meminum arak demi untuk kepentingan peribadi samada untuk menjaga namanya dalam sesuatu majlis atau untuk menemaninya.

minta cerai
Isteri boleh memohon cerai jika suami mengajak ke jalan yang mungkar

3. Suami yang melarang isterinya menutup aurat:

Ada suami yang tidak suka jika isterinya menutup aurat. Terdapat kes yang pernah berlaku di mahkamah syariah di mana suami tidak membenarkan isteri memakai tudung atas alasan tidak suka melihatnya bertudung.

4. Suami yang tidak memberikan nafkah:

Suami wajib menyediakan 3 nafkah utama iaitu, makan-minum, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal berbuat demikian maka isteri boleh untuk menuntut cerai. Lebih-lebih lagi jika suaminya malas untuk bekerja dan hanya mengharapkan isteri yang bekerja.

5. Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Mukmin:

Jika seorang suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim seperti solat 5 waktu, berpuasa dan sebagainya, si isteri berhak memohon cerai

minta cerai dari suami
Isteri juga boleh meminta cerai jika suami gagal melaksanakan tanggungjawab keperluan b4tin isteri

6. Suami mempunyai penyakit yang merbahaya:

suami yang mempunyai penyakit merbahaya seperti AIDS dan penyakit kelamin yang lain yang berisiko menjangkiti isterinya, maka isteri boleh menuntut cerai.

7. Organ s3ks suami tidak berfungsi:

Seseorang isteri mempunyai hak ke atas nafkah batin. Jika perkara tersebut tidak dapat dipenuhi oleh suami disebabkan organ fizikalnya tidak berfungsi maka isteri dibenarkan menuntut cerai.

8. Suami yang tidak mempunyai z4k4r:

Jika ditakdirkan si suami tidak mempunyai z4k4r mungkin disebabkan terlibat dalam kemalangan, isteri mempunyai hak untuk menuntut cerai.

9. Suami yang tidak pulang ke rumah tanpa alasan munasabah:

Seseorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak pulang atau tidak mahu pulang ke rumah dalam satu tempoh tertentu.

hukum minta cerai
Isteri juga berhak menuntut cerai jika suami tidak pulang ke rumah

Semoga dengan tersiarkan artikel ini, kita semua mampu membezakan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh dalam konteks permohonan cerai oleh seorang isteri. Mungkin banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini namun kita diberikan akal supaya berfikir. Semoga bermanfaat.

Cara Rawatan Mata Ikan

Susulan Anggota Bomba Dipukul – Ini Kata Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia