in ,

Isteri Minta Padam Video dan Gambar Arwah Di Lokasi Kemal4ngan

Susulan Kemalangan Lori

Orang ramai yang menyiarkan video bagaimana seorang pemandu lori terbakar sebelum rebah diminta memandamkan video tersebut. Manakala mereka yang mempunyai niat berbuat demikian tolong membatalkan niat anda.

Perkara ini di rayu sendiri oleh isteri mangsa iaitu Khatijah Abdul Karim, 36. Beliau merasa amat sedih kerana melihat video yang tular tentang kejadian yang menimpa suaminya.

“SAYA tengok sendiri video keadaan suami yang tular itu. tolonglah padam video dan gambar arwah di tempat kejadian,” rayunya.

Suaminya, Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis (Gambar Atas), 38, merupakan pemandu lori tangki yang maut dalam kemalangan yang membabitkan dua lori terbakar.

Kejadian berlaku di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Slim River, hari ini selepas lori mangsa merempuh sebuah lori yang mengalami kerosakan.

kemalangan lori
Kemalangan yang mengorbankan Allahyarham

Khatijah memberitahu, dia mendapat berita mengenai kemalangan itu daripada adik iparnya. Adik Iparnya menghubungi beliau tidak lama selepas kemalangan itu tersebar di media sosial.

“Arwah keluar rumah pergi kerja kira-kira jam 6 pagi tadi dan dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan,” katanya di Hospital Slim River.

Khatijah sedang sarat mengandung anakn keempat dengan usia kandungan tujuh bulan. Mereka mempunyai tiga anak termasuk kembar lelaki berusia sembilan tahun serta seorang anak perempuan, berusia lapan tahun.

Sebagai menghormati keluarga mangsa dan mangsa sendiri, elok kita padam video dan gambar mangsa yang terbakar itu.

Sumber: Hmetro

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Programe CuepacsCare

Khas Untuk Penjawat Awam, Mohon Perlindungan CuepacsCare dan CuepacsPA Secara Online

Isu Patung Berhala - Ini Kata Firdaus Wong

Isu Patung Berhala – Ini Nasihat Firdaus Wong