in

Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang Sehingga Hamil 5 Bulan Ketika Suami Terlantar Lumpuh Separuh Badan (Strok)

Apabila seseorang itu telah berkahwin sama ada lelaki atau perempuan haruslah setia kepada pasangannya dan susah senang sepatutnya bersama bukannya ketika salah seorang menghadapi kesusahan lalu ditinggalkan. Tetapi, itulah realitinya yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila isterinya mengambil kesempatan dengan berzina ketika dia sedang lumpuh terlantar di atas katil akibat strok.

Lebih menyedihkan apabila si isteri memberikan alasan bahawa dia sudah penat dan tidak mahu meneruskan hidup bersama suaminya itu yang lumpuh. Dan lebih menjijikkan apabila isterinya itu turut mengaku yang dia telah pun hamil lima bulan hasil perhubungan haramnya dengan suami orang.

Melalui laman Kisah Rumah Tangga dan The Reporter, si isteri memaklumkan bahawa dia kini buntu memandangkan dia sedang mengandung dan sama ada dia perlu meminta cerai dari suaminya dan pada masa yang sama kekasih hatinya itu belum juga menceraikan isterinya.

Gambar Hiasan

HI dan salam warga Kisah Rumah Tangga (KRT). Suami saya diserang strok separuh badan. Sudah enam bulan saya menjaga dia dan saya sudah letih dengan semua ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan seperti pasangan lain.

Saya ada mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat. Katanya dia dalam proses nak bercerai sebab isterinya pemalas dan tidak bertanggungjawab. Dia ajak saya berkahwin dan sebelum itu kami sudah beberapa kali berjumpa dan terlanjur bersama.

Sekarang saya hamil lima minggu. Mesti orang lain curiga sebab saya tidak pernah bersama suami. Macam mana saya nak berterus terang dengan suami kalau saya nak bercerai?

Dan dalam masa yang sama, boyfriend saya dari awal perkenalan dia kata nak ceraikan isteri dia tetapi sampai sekarang mereka masih bersama. Saya buntu.

REAKSI & KOMEN NETIZEN

“Suami saya pun kena strok dan dalam proses pemulihan. Tak pernah terfikir sampai begitu kecuali mengharapkan suami pulih sepenuhnya. Memang penat menjaga orang yang lumpuh separuh badan tetapi itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan,” kata Sek Geok.

“Mak saya strok separuh badan juga sis. Tetapi abah setia menjaga mak dari tak teruk sampailah dah tak boleh buat apa-apa. Kencing berak mak, abah yang basuh dan abah yang mandikan. Makan mak, abah yang suapkan. Ikhtiar berubat sana sini naik motosikal. Ulang suara, naik motosikal. Abah sebelah tangan pulas minyak, sebelah lagi pegang mak sebab mak tak boleh menyeimbangkan badannya sendiri.

“Sampai ke akhir hayat mak pun, abah setia di sini. Sedikit pun abah tak mengeluh. Tak pernah ada niat nak pergi walau selangkah. Sampai akhir hayat abah sendiri pun abah setia pada satu nama. Allahu, besar kasih sayang abah pada mak, Allah saja yang tahu. Hargailah suami sis selagi dia masih ada,” kata Ainiey Sugiman.

“Suami saya pun kena strok 2015. Saya jaga sampai dia boleh berjalan dan sekarang boleh drive. MAta dia buat selah kanan akibat saluran mata pecah dan tidak dapat dibaiki walaupun operation.

“Tetapi sebagai isteri, saya tetap setia pada suami yang sekarang disahkan sebagai OKU penglihatan. Dia hanya mampu menggunakan mata kiri saja untuk melihat. Mata kanan boleh melihat walaupun sikit.

“Puan, bersabarlah kerana besar pahala bersabar menjaga suami yang sedang sakit. Janganlah ikut sangat nafsu dan bisikan iblis dan syaitan kerana mereka memang selalu berusaha untuk menyesatkan kita dan menyeret kita ke neraka.

“Puan bertaubatlah dan jauhkan diri dari lelaki lain. Jaga maruah puan. Semoga puan mendapat pengampunan dosa dari Allah. Semoga suami puan cepat sembuh dan puan akan bahagia hingga ke jannah. Anak itu puan jagalah, jangan buat dosa itu,” kata Ezzmal Maszwan Wanty.

Sesuatu yang sungguh memalukan apabila seorang isteri yang selama ini dibelai suami sanggup berbuat demikian terhadap suaminya yang sedang menderita lumpuh. Adakah kerana cetek ilmu agama atau kerana nafsu syaitan dan iblis semata-mata?

Apakah yang akan berlaku sekiranya seluruh ahli keluarga anda tahu atau anak-anak yang kini sedang membesar yang baru mengenal erti kehidupan, mungkinkah mereka akan mengikut jejak langkah anda? Bertaubatlah sebelum manusia lain jijik melihat anda sebagai seorang wanita terkutuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Lalat Selalu Mengganggu Kita Asalkan Ada Benda Makan. Bagaimana Nak Halau? Ini adalah TIP Untuk Menghalau Lalat

Tip Memilih Tayar Yang Berkualiti Dan Selamat