in

Ketika Isteriku Hamil, Ibu Pinta Aku Kahwini Sepupuku Sebagai Isteri Ke 2

isteriku

Salam admin semoga admin dan warga KRT sihat-sihat hendaknya dan dirahmati Allah SWT. Aku dah bertahun-tahun follow page ni. Berpuluh ribu dah luahan aku baca tanpa komen dan like. Kali ni aku nak meluahkan perasaanku.

Aku bernikah nak masuk 2 tahun dan sekarang isteriku sedang berbadan dua (nak masuk 5 bulan). Pernikahan kami tidak direstui ibuku sebab dia sudah ada pilihan hati iaitu sepupuku sendiri. Selepas nikah, aku dan isteri tinggal dirumah ibuku sebab aku ingin menjaga syurgaku yang berusia 70 tahun ini.

INILAH YANG BERLAKU SELEPAS BERKAHWIN DENGAN ISTERIKU

Selepas aku berkahwin, ibuku selalu mengadu bahawa isteri aku berkelakuan tidak elok  terhadap ibuku sedangkan bila aku ada di rumah, isteriku berkelakuan baik dan sopan kepadanya.

Di rumah, isteri aku mengarah-ngarah ibuku dan pernah menolak ibuku sampai jatvh tangga tapi bila aku bertanya akan hal ini, isteri aku tidak mengaku dan mengatakan kalau ibuku lah yang menjahati dia.

Gambar Hiasan

Ibuku juga pernah cakap dia nampak isteri aku memberi aku makan nasi kangkang. Ya Allah, aku memang m4rah masa tu min.

Dalam keadaan isteriku berbadan dua, aku tempeleng, tarik rambut dan sep4k dia sebab tergamak dia melakukan benda kotor tu dengan aku tapi bila aku paksa, isteri aku tak mengaku. Ibuku juga berkata kalau isteriku berkali2 masuk bilik ibu untuk mencuuri duit ibuku dan mencuri baju dalam ibuku dan aku masih tak tahu apa motif isteriku untuk melakukan itu.

Pernah sekali aku nampak belakang isteri aku lebam, telinga merah, rambut ada bahagian yang botak. Paha ada kesan kena cubit kena gigit pun ada. Bila aku tanya kenapa? Isteri aku jawab dia jatuh tangga, lepas tu dia menangis.

Aku cuba urut-urut badan isteri aku memang nampak sakitlah. Dan satu lagi, sejak aku bernikah dengannya, sepupu aku yang ibu aku mahu jodohkan dengan aku memang kerap ke sini untuk menjaga ibu aku.

Ibu aku walaupun berusia 70 dan tulangnya sudah tidak kuat, jadi sepupu aku lah yang temankan dan hiburkan ibuku, isteri aku memang wajib basuh baju, basuh berak ibuku, urut badan semua sebab sudah kewajipan dia sebagai isteri untuk menjaga syurgaku.

Isteri aku melakukan itu semua dan rela hati, contohnya bila ibu terberak. Hanya dialah tukang basuh. Makan pakai semu isteri dia buat. Aku pun sayang isteri aku min sebab dia banyak membantu aku cuma kadang-kadang aku m4rah dengan sikapnya yang bi4adap terhadap ibu aku.

Sampailah satu masa, ibuku sungguh meminta aku untuk bernikah dengan sepupuku untuk dijadikan isteri nombor 2 dan bila aku nyatakan pada isteri aku, dia minta dicer4ikan, aku sayang ibu aku min. Takkan aku menolak permintaan ibu aku?

Tapi isteri aku pula meminta cer4i sedangkan poligami halal dan mendapat pahala tetapi bercer4i halal tapi sangat dimurkai Allah. Malam tu aku, isteri, ibu, dan sepupuku berbincang tentang hal ini. Ibuku kata tetap dengan pendiriannya untuk aku bernikah dengan sepupu. Mana mungkin aku menolak permintaan syurgaku itu.

Gambar Hiasan

Malam tu isteri aku mengamuk dan m4ki hamun aku, ibuku, dan sepupuku. Isteri aku berkata begini min siap guna perkataan kau aku. Bini aku kata.

“Kalau ko nak nikah, ko nikah jelah, apa aku buat ko tak hargai, aku dah penat jaga si tua monopos ni, aku dah beri terbaik tapi dia tetap nak fitnah aku macam-macam.

Ko fikirlah, ada ke orang lain nak basuh berak ko yang busuk macam tahi ahli nerake tu? Aku lakukan sebab aku sayangkan anak kau jadi aku buat semua tu dengan ikhlas tapi ihlas aku makin hilang sebab ko selalu fitnah aku.

Lepas tu min isteri aku sambung m4aki lagi sepupu aku. “Hei dan kau pun betine jlang, aku dah cukup sabar. Depan laki aku, ko belagak baik sopan santun, hormat mil konon. Aku dah tahu ko yang masuk bilik mil curi barang sebab aku dah rakam semuanya tapi apa? Aku menantu hantu ni lah yang dituduh.

Masa laki aku tak ada di rumah, ko dan si tua monopos tu siksa aku, aku dah rakam semuanya, tapi bila suami aku ada, korang pura-pura baik depan aku. Si tua tu pun pura-pura sakit, pura-pura tak kuat. Bila suami aku tak ada. Pandai pula dia buat kerja. Aku dah penat dengan drama kamu semua. Aku nikah dengan anak kau bukan untuk dibuat macam ni”.

Lepas tu min isteri aku cakap dengan aku, abang nak sangat kawin denga betina tu kan? Abang nikah lah dengan dia. Tapi aku nak bercer4i sebab aku dah penat dengan keluarga abang. Aku saja cakap jatuh tangga sebab taknak timbulkan masalah padahal mak abang dan betina tu siksa aku sampai tahap nak mti.

Gambar Hiasan

Ya Allah min, aku baru tahu perkara sebenar dan akupun sudah melihat rakaman sepupu masuk bilik mil mencuri dan rakaman isteri aku kena siksa. Ya Allah min aku tak sangka isteriku diperlakukan seperti ini.

Aku minta maaf kepada isteriku tentang apa yang terjadi min. Alhamdulillah isteriku maafkan dan aku minta sepupuku minta maaf pada isteri dan ibuku dan isteriku pun maafkan. Dan sekarang mereka sudah berbaik min. Dan baru-baru ni ibuku masih menyatakan hasratnya kalau sebelum dia pergi.

Dia nak aku bernikah dengan sepupuku dan ibuku kata hanya sepupuku yang boleh bahagiakan aku dan aku memang payah nak tolak permintaan syurgaku. Tapi isteriku mesti titak bersetuju tapi ibuku minta aku nikah senyap-senyap dan sepupuku pun setuju.

Lepas PKP nanti ibuku nak bawak aku nikah. Perlukah aku turutkan arahan syurgaku min? Isterikupun dah dekat-dekat nak bersalin. Tolong aku.

Baca – Lepas 30 Tahun Kahwin Baru Tahu Saya Isteri Kedua. Itupun Selepas Suami Meninggal.

Sumber : kisahrumahtangga vis figuraku

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

air telang

Jom Buat Air Telang Selasih. Banyak Kegunaan Bunga Comel Ni!

lisdawati

Lisdawati Mohon Jangan Kongsi Gambarnya Yang Tidak Berhijab