in ,

Istilah Nama Bagi Produk Yang Berasaskan BABI

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label-label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine’ sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’.

Produk makanan juga tidak lepas daripada berasaskan sumber babi
Makanan

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi’.

Kapsul juga dibuat dari gelatin babi
Kapsul

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

PORK

Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

SWINE

Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

HOG

Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

Produk dari kulit
Barangan Peribadi

BOAR

Bermaksud Babi liar.

LARD

Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

BACON

Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

HAM

Daging pada bahagian paha babi.

SOW

Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

SOW MILK

iaitu susu babi.

Kosmetik dari unsur babi
Produk Kosmetik

PIG

Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

PORCINE

Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Semoga kita sentiasa dilindungi. Semoga Allah membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Misteri Angka 11

Tip Memudahkan Bangun Subuh Untuk Diamalkan