in ,

Isu Sumareh dan PBNP, FAM Tunggu Keputusan FIFA

Isu sumareh

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menunggu keputusan dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebelum mengambil langkah seterusnya bagi menyelesaikan kemelut antara Mohamadou Sumareh dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Stuart Ramalingam selaku Setiausaha Agung FAM berkata apa jua tindakan mahupun hukuman di peringkat domestik hanya akan dibuat selepas mendapat keputusan daripada FIFA berhubung laporan Sumareh terhadap PBNP sebelum ini.

Isu Sumareh Mirip Akhyar?

Menurut BERNAMA, isu Sumareh ini seperti kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke JDT pada 2018, Stuart menegaskan FAM tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut.

“FAM dalam kedudukan bersedia menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan FIFA sama ada mereka mendengar laporan Sumareh itu ataupun tidak, atau mereka tolak semula laporan itu kepada FAM. Kalau kes itu sudah dalam proses FIFA kita hanya boleh tunggu sampai ia berakhir.

“Soal FIFA nak ambil atau tidak kes itu bergantung sebab kebiasaannya hanya pemain asing boleh bawa kes ke FIFA dan bila melibatkan pemain tempatan prosesnya di dalam negara. Dalam konteks Sumareh, beliau didaftarkan sebagai pemain tempatan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sumareh, 25, telah menyarung jersi skuad Harimau Malaya melalui proses naturalisasi pada 2018 setelah sah memperolehi kewarganegaraan Malaysia.

Mengulas lanjut isu tersebut, Stuart tidak menolak kemungkinan FIFA akan tetap melihat laporan berkaitan masalah tunggakan gaji yang dibuat oleh Sumareh terhadap PBNP selaku bekas majikannya.

Jelasnya lagi FAM harus menunggu sehingga FIFA selesai menjalankan proses mereka. Itu jika mendapat kebenaran FIFA. Kalau tidak, mungkin FIFA klasifikasikan ia sebagai kes istimewa yang mereka juga ingin mendengarnya.

Stuart berkata setakat ini FAM belum lagi dimaklumkan bilakah keputusan sama ada FIFA menerima atau menolak pendengaran kes itu, akan dikeluarkan.

Dalam pada itu, Sumareh melengkapkan perpindahan mengejut ke kelab Liga Thailand, Police Tero FC pada 7 Sept lalu, iaitu dalam tempoh dua minggu selepas Dollah Salleh mendedahkan Sumareh tidak menjalani sesi latihan berpasukan selama sebulan, sejak awal Ogos lalu.

Sumareh yang masih mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022, turut tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super melibatkan skuad Tok Gajah sebaik saingan Liga Malaysia bersambung pada 28 Ogos. – Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

MOHON MAAF

Kes Eira Azeira, Mohon Maaf Saja Tak Cukup – Peguam

Kelantan United FC

Tugasan Pertama Jurulatih Baru, Kelantan United FC Tewas Lagi