in ,

Isu Tanah Felda Menyebabkan Chef Wan Berang Dan Tulis Ayat Yang Sangat Pedas.

Skandal demi skandal berlaku dalam negara kita. Terbaru Skandal yang melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menyebabkan hati chef terkenal tanahair iaitu Chef Wan terusik.

Chef Wan. Photo: nst

Mana tidaknya beliau juga adalah anak peneroka yang mana generasi ayahnya dahulu bersusah payah dan berjuang bertahun-tahun. Beliau pasti geram dan sakit hati melihat tahap pencapaian Felda akhir-akhir ini.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuwan Ismail menyatakan rasa berangnya itu di Instagram beliau dengan tulisan yang sangat pedas: “Dulu, felda. Now, failed dah.”

Instagram Chef Wan

“Tak rasakah kamu kami berhak geram dan rasa dikhianati?” katanya.

“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut dan jangan datang beritahu saya, saya tiada hak berasa marah dan tertekan lihat segala pengorbanan arwah ayah, malah saya sendiri waktu remaja ketika membesar di Felda.”

Chef Wan juga menyelar ‘penyamun-penyamun‘ yang patut dibawa ke muka pengadilan dan dihukum bagi menyelamatkan imej negara yang sangat memalukan.

Felda kini terpalit skandal terbaru melibatkan kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Lihat Video (Sumber: Youtube)

Terdahulu watan online melapurkan, Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKKP) Felda menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pentadbiran Felda terdahulu yang tidak pernah memaklumkan berkenaan pertukaran hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Anggota Lembaga Pengarah JKKP merangkap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Samsuddin Othman berkata pihaknya berasa teraniaya dan menganggap ia sebagai cubaan untuk menggadai aset lembaga kemajuan tanah berkenaan.

“Ia menunjukkan pentadbiran terdahulu tidak telus dan banyak berselindung mengenai perancangan projek di tanah berkenaan serta berlaku kelemahan dalam pentadbirannya,”

“Pentadbiran terdahulu banyak berselindung dan bertindak tanpa mengambil kira pandangan pihak lain khususnya warga peneroka di mana selepas tiga bulan perjanjian pembangunan dimeterai, baru dimaklumkan kepada pihak lembaga,” katanya.

Samsuddin sehubungan itu berkata beliau mewakili peneroka Felda mahu tanah strategik itu dikembalikan semula kepada Felda.

Kalau begini bukan saja Chef Wan, kemungkinan semua warga Felda tidak berpuashati denngan apa yang berlaku. Cumanya ada yang benci dalam diam.

Sumber: Malaysia Kini

Surat Terbuka Kepada Iqram Dinzly Daripada Mufti Wilayah Persekutuan

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual