in ,

Jadual Pembayaran Pencen ATM 2018

Di Malaysia, anggaran jumlah Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang berdaftar adalah melebihi 400,000 (empat ratus ribu) orang. Mereka yang dikategorikan sebagai Veteran Aangkatan Tentera Malaysia adalah Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) samada dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia, Perkhidmatan Tentera Darat dan Tentera Udara Di Raja Malaysia. Veteran ATM adalah terdiri daripada pesara:

  • Anggota Tetap ATM
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa
  • Pasukan Force 136
  • Sarawak Rangers
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya/ Singapura (British Army)
Veteran ATM
Veteran Angkatan Tentera Malaysia. © JHEV

Selain daripada Pencen Perkhidmatan dan skim-skim bantuan yang diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), semua Veteran ATM juga layak untuk menerima rawatan perubatan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan. Jika mereka dimasukkan ke wad, mereka akan ditempatkan di wad mengikut kelayakan masing-masing. Rawatan adalah mengikut kriteria yang telah  digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadual Bayaran Pencen

Bilakah tarikh bayaran pencen bulanan bagi pesara ATM tahun 2018? Berlandaskan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), kami kongsikan Jadual Pebayaran Pencen ATM Tahun 2018.

NOTA: Jadual bayaran pencen pesara tentera adalah sama tarikh dengan bayaran pencen untuk pesara kerajaan yang lain.

Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan kepada Pesara Angkatan Tentera Malaysia untuk tahun 2018.

TARIKH PEMBAYARAN PENCEN ATM 2018 JADUAL PEMBAYARAN PENCEN ATM 2018 (JHEV)
BIL BULAN TARIKH BAYARAN HARI
1. JANUARI 10.01.2018 KHAMIS
2. FEBRUARI 06.02.2018 SELASA
3. MAC 21.03.2018 RABU
4. APRIL 19.04.2018 KHAMIS
5. MEI 21.05.2018 ISNIN
6. JUN 04.06.2018 ISNIN
7. JULAI 19.07.2018 KHAMIS
8. OGOS 13.08.2018 ISNIN
9. SEPTEMPER 20.09.2018 KHAMIS
10. OKTOBER 18.10.2018 KHAMIS
11. NOVEMBER 21.11.2018 RABU
12. DISEMBER 17.12.2018 ISNIN
sukaviral.net

download jadual pencen

Maklumat Pembayaran Pencen Perkhidmatan

Pencen Perkhidmatan atau PP adalah sejenis pencen yang dibayar secara bulanan kepada anggota tentera setelah mereka menamatkan perkhidmatan di dalam ATM. Harus diingatkan bahawa, bayaran pencen bulanan akan dihentikan sekiranya pesara tersebut telah meninggal dunia.

Waris simati hendaklah melaporkan kepada pihak JHEV tentang perkara tersebut untuk proses pindah bayar kepada waris yang layak.

Semoga dengan perkongsian Jadual Pembayaran Pencen ATM 2018 ini memberi manfaat kepada Pesara Tentera/Veteran ATM. Bolehlah dijadikan panduan dalam membuat perancangan awal keatas kewangan mereka setiap bulan. Gunakan wang pencen yang diterima dengan berhemah untuk diri sendiri dan keluarga.

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV)

Dendam Menurut Islam

Ruginya Orang Yang Mempunyai Sifat Dendam

Pemaaf Mulia Disisi Allah

Pemaaf Merupakan Sifat Orang Mukmin