in

JAKIM Jumpa Sajat Petang Ini (16 Jan 2018)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan serta usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat petang ini.

Malaysia Kini melapurkan, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Dr Izwan Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti,
Dr Izwan Yusof

“Insha Allah saya akan berjumpa dengan Sajat pukul 3 petang ini di Wisma Nur Sajat.

“Saya telah berhubung dengan beliau dan inilah waktu yang diberikan kepada kami untuk perjumpaan ini,” kata Izwan yang dipetik dari laporan mStar.

Selain itu, menurut Izwan, pertemuan bersama Sajat akan turut disertai beberapa pegawai di bahagian sama dari Jakim.

“Diharapkan pertemuan bersama Sajat berjalan lancar,” katanya lagi.

Semlam Izwan menulis di facebooknya menjemput Sajat ke Jakim bagi berbincang tentang situasi yang melanda usahawan itu ketika ini.

Jakim akan berjumpa Nur Sajat
Photo: Malaysia Kini

Menerusi ‘Mesej Terbuka’ itu, Izwan berhajat bertemu dengan usahawan itu ekoran pelbagai isu yang menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat berkaitan Sajat.

Mesej Izwan mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha yang meminta agar pertemuan itu diadakan.

“Setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum,” tulis Othman di Facebooknya.

Sebelum itu, kecoh di laman sosial mengenai tindakan individu yang bernama Muhammad Azri atau Sir Azri yang membuat panggilan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung Sajat.

Dalam rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Azri meminta Jakim mengambil tindakan terhadap Sajat kerana mendakwa kelakuannya akan memberi pengaruh buruk kepada masyarakat.

Sumber: Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Ustaz Murtadha

Jenazah Ustaz Murtadha Selamat Dikebumikan. Rancangan Beliau Untuk Membina Masjid Darul Murtadha Akan Diteruskan

Hajat Kedah Untuk Dapatkan Kapten Vietnam Terbantut Apabila Kelabnya Tidak Melepaskan Pemain Tersebut