in , ,

Datuk Seri Jamal Akan Serah Diri Pada Polis Dengan Syarat……

Jamal akan serah diri jika

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, 48, yang sedang dikehendaki polis semalam muncul dan menegaskan dia bukan seorang penakut.

Malah beliau membayangkan akan tampil dan menyerah diri kepada polis dengan syarat dia dipilih menjadi ketua Pemuda Umno Malaysia dalam Pemilihan Umno 2018 pada 30 Jun nanti.
Datuk Seri Jamal menjadi salah seorang calon bagi merebut jawatan ketua Pemuda Umno yang ditinggalkan oleh Khairy Jamaluddin.

Difahamkan kenyataan tersebut dikeluarkan melalui satu klip video ringkas yang mana Jamal berkata dia berada dalam keadaan sihat dan tidak melarikan diri ke luar negara seperti didakwa sesetengah pihak.

“Gua masih lagi dalam keadaan sihat wal-afiat, dan masih lagi berada di dalam nengara, sekitar dalam kawasan saja,” katanya.

Laman Web Tular.my melaporkan, tidak dapat dipastikan di mana rakaman video berkenaan dibuat, malah latar belakang Jamal bercakap itu juga diletakkan tabir berwarna biru. Kenapa Jamal takut sangat berhadapan dengan Polis? Berani kerana benar Datuk Seri..

DatuK Seri Jamal Md Yunus
Aksi Jamal satu ketika dulu 

Beliau yang terkenal dengan pelbagai aksi diluar jangkaan itu dikehendaki polis kerana untuk siasatan berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Beliau telah menghilangkan diri semasa proses mengikat jamin sedang dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Datuk Seri Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.

Beliau juga disiasat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Pada 8 Jun lalu, Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal. Polis percaya Jamal melarikan diri ke negara jiran menggunakan ‘laluan tikus’.

Jamal berkata dia akan hadir ke balai polis sehari selepas disahkan menjadi ketua Pemuda Umno.

“Don’t worry, besok gua menang ketua Pemuda Umno Malaysia, lusa gua datang balai. No problem, gua tak cabut, gua tak lari. Gua steady punya kaki,” katanya lagi.

Sumber: Tular.my

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mengalami Kerosakkan – Jangan Ambil Mudah & Ketahuilah Cara Membaikinya