Jangan Buang Kulit Roti.. Ianya Bermanafaat Untuk Kita.

Setiap isi rumah mesti ada roti. Mereka tidak akan membiarkan stok roti habis dalam rumah. Ini kerana semua orang sangat sukakan atau memerlukan roti.

Aneka jenis roti

Berbagai-bagai jenis roti terdapat di pasaran. Roti Manis, Roti Tawar, Roti Krim dan bermacam-macam lagi. Paling popular adalah roti potong. Selain harganya berpatutan ianya boleh di makan oleh ramai orang.

Roti boleh di makan dengan berbagai cara. Ada yang makan begitu saja, ada yang cicah dengan air, ada yang sapukan roti dengan mentega atau jem. Ada juga yang makan dengan ais krim. Pendek kata roti boleh di makan dalam apa jua cara dan kaedah dan dengan apa saja yang anda sukai.

Gambar hiasan

Pada waktu pagi kebiasaannya kita akan menyediakan roti untuk anak kita sebelum mereka ke sekolah. Anak-anak pula memang tidak makanlah roti jika tidak dibuang kulit.

Kulit roti. Photo: nimadesriandani.wordpress.com

Sesetengah surirumah akan membuang kulit roti itu ke dalam tong sampah begitu saja. Jangan membazir puan-puan sebab kulit roti itu dibayar ketika suami puan membelinya. Membazir juga adalah amalan syaitan.

Surah Al Isra : 27

Anak-anak memang tak suka. Tapi jika kita kreatif tentu licin anak-anak kita makan. Seeloknya kulit roti tidak dikoyak semasa dipisahkan dari roti semasa hendak diberikan pada anak-anak. Gunakan pisau dan potong.

Cara Sediakan CROUTON:

1. Kulit roti tadi dipotong dadu.

2. Panaskan kuali atau non-stick pan.

3. Masukkan kulit roti yang dipotong tadi.

4. Goreng tanpa minyak hingga rangup atau keperangan dan angkat.

5. Carik-carikkan daun salad dan gaul dengan kulit roti yang digoreng tadi bersama mayonis atau vinaigrette.

6. Hidangkan.

Crouton

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *